Cara Alternatif Untuk Hilangkan Bau Durian Atau Rokok Di Dalam Kereta Anda

Trending

Cara Alternatif Untuk Hilangkan Bau Durian Atau Rokok Di Dalam Kereta Anda

Sekarang ni musim durian dah tiba. Bau dia memang sedap bagi yang suka tapi ada juga tak tak boleh in sangat dengan bau durian ni.

Advertisement

Jika ahli keluarga anda yang tidak boleh dengan bau durian atau bau busuk rokok, ini merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk di dalam kereta anda.

Jika anda seorang pemandu grab atau uber, ini boleh digunakan untuk memastikan kereta anda sentiasa segar.

1. Serbuk Kopi atau Teh
Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta atau bungkus serbuk tersebut di dalam kain lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup.

Atau anda boleh bancuh kopi di dalam satu gelas dan letakkan di dalam kereta anda

Serbuk kopi mempunyai aroma yang kuat serta akan menyerap bau asap rokok dan bau lain di dalam kereta anda. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.

2. Cuka
Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta atau di bonet belakang kereta anda.

Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.

3. Kayu Manis
Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis.

Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.

4. Kulit Buah-Buahan Sitrus
Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan.

Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta dengan tingkap tertutup untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak.

5. Arang
Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau.

Percayalah, bau yang yang busuk tersebut akan hilang serta merta.

6. Roti
Letakkan beberapa keping roti (semua jenis roti boleh) tutup kesemua pintu dan tingkap, biarkan selama beberapa hari, bau durian atau rokok akan hilang dan diserap oleh roti tersebut.

7. Buah Nenas
Letakkan separuh nenas yang dipotong di dalam kereta anda. Biarkan selama beberapa jam dan bau busuk tersebut akan diserap oleh nenas tersebut.

8. Daun Pandan
Letakkan beberapa helai daun pandan di dalam bonet kereta yang dipenuhi dengan bau busuk. Bau tersebut akan hilang dengan secepatnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...