“Caqi Makan Caqa Keji Sangat Ni!” – Kesal Foto Disalahguna, Che Ta Tak Pernah Promosi ‘Jus Beruk’

Hiburan

“Caqi Makan Caqa Keji Sangat Ni!” – Kesal Foto Disalahguna, Che Ta Tak Pernah Promosi ‘Jus Beruk’

Pelakon jelita, Rozita Che Wan tampil meluahkan rasa berang setelah gambarnya digunakan untuk mempromosikan produk oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Perkara tersebut turut diuar-uarkan Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta di ruangan Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Katanya lagi, dia tidak pernah terlibat dalam mana-mana perniagaan yang menawarkan produk menguruskan berat badan.

Syaitan mana yang menipu sangat ni! Minta perhatian! Kami tak pernah minum jus beruk ni pun untuk kurus!

Jus korang tak laku sampai terpaksa menipu nak sentil gambar aku.

Dia dalam pada itu turut memberi peringatan kepada netizen di luar sana agar tidak terpedaya dengan iklan-iklan palsu yang tidak terkenal dan menggunakan fotonya.

Instagram

Difahamkan, iklan palsu tersebut telah disunting daripada video asal di mana Che Ta sedang mempromosikan produknya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Detox Neelofa
2 years ago

“Percaya Sangat Produk Artis Ni” - Wanita Kata Jus Detox Neelofa Berkesan, Ramai Netizen Dakwa ‘Overclaim’?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...