“Caption” Gambar Instagram Milik Dua Lipa Terpaksa Diubah Kerana Rakyat Malaysia

Trending

“Caption” Gambar Instagram Milik Dua Lipa Terpaksa Diubah Kerana Rakyat Malaysia

Seorang penyanyi dari Britain berdarah Albania, Dua Lipa ada memuat naik sekeping gambar baru-baru ini di laman Instagram miliknya untuk membuat satu ucapan sambutan ulang tahun kelahiran bapanya.

Disebabkan ada segelintir peminatnya dari Malaysia, sekaligus mengundang rasa ‘prihatin’ netizen Malaysia dan persoalan mula tercetus apabila terdapat perkataan ‘babi’ di caption gambar tersebut.

Advertisement

Sumber : https://en.wikibooks.org/wiki/Albanian/Family

Mungkin disebabkan rakyat Malaysia tidak mengetahui maksud sebenar, perkataan ‘babi’ yang bermaksud ‘Ayah” di dalam bahasa Albania itu dilihat sesuatu yang sensitif. 

Tanpa membuat sebarang usul periksa, netizen Malaysia bertindak menegur dan mengecam Dua Lipa di ruangan komen Instagram gara-gara beliau menggunakan perkataan itu.

Disebabkan pelbagai komen menerjah di gambar berkenaan, akhirnya Dua Lipa menukar caption gambar berkenaan kepada ‘Happy birthday Dad’.

Pada pendapat kami, apa sahaja caption yang ditulis oleh seseorang di laman sosialnya adalah hak masing-masing.

Jika berasa tidak puas hati, seharusnya bertindak lebih bijak dengan bertanya terlebih dahulu dan bukannya terus ‘menyerang’ sesuka hati.

Kadangkala memang ada perkataan yang sama mempunyai maksud lain yang berbeza dalam bahasa yang berlainan.

Jangan kuat sangat ‘membawang’ ok?

Sumber : The Star & Worldofbuzz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...