Rapper dan aktivis Caprice baru-baru ini mempersoalkan tindakan Tun Laila, seorang peguam terkenal, yang dikatakan mentertawakan usahanya dalam membela mangsa dalam kes jurulatih fitness yang didakwa memukul dan mengugut enam orang mangsa.
Caprice juga tidak terkecuali mengungkit kembali sejarah Tun Laila, yang sebelum ini terlibat dalam mengendalikan kes Siti Bainun, yang turut menerima kecaman rakyat Malaysia akibat dakwaan yang melibatkan penderaan kanak-kanak.
View this post on Instagram
Namun, Tun Laila turut menyertakan keratan berita dan membalas teguran Caprice dengan menyatakan bahawa lelaki tidak sepatutnya meneruskan dakwaan peribadi secara terbuka meskipun sudah ditegah oleh hakim.
Seronok ke gelakkan lelaki umur 39 tahun bergaduh macam budak sekolah?
Menurut Tun Laila, tak salah untuk memperjuangkan mangsa, tapi salah apabila meneruskan provokasi.
Tun Laila turut memerli Caprice, menyifatkan tindakannya seperti budak sekolah dan mengaku sudah biasa melayan lelaki berperangai sebegitu,
Kalau tanya aku, tak hidup dek puji, tak mati dek keji.
Nantikan maklumat lanjut mengenai isu ini.