Caprice Undang ‘Coach Cerai’ Kontroversi Dalam Podcast, Netizen Dakwa Sindir Kes Kamal Adli–Uqasha? – “Ini Contohhhhh…”

Hiburan

Caprice Undang ‘Coach Cerai’ Kontroversi Dalam Podcast, Netizen Dakwa Sindir Kes Kamal Adli–Uqasha? – “Ini Contohhhhh…”

Podcast terbaru Caprice kembali mencuri perhatian apabila menampilkan seorang “coach cerai” yang kini hangat diperkatakan di media sosial. Kehadiran individu tersebut  yang sebelum ini sering mengulas isu rumah tangga selebriti  sekali lagi mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen.

Dalam sesi berdurasi hampir satu jam itu, coach cerai berkenaan dilihat memberi bayangan mengenai konflik sebenar perkahwinan selebriti, sehingga ramai penonton mengaitkan kenyataannya dengan isu antara pasangan yang kini melalui fasa perceraian pada ketika ini.

Advertisement

Lebih panas, coach tersebut seolah-olah menyentuh mengenai ciri-ciri “narsistik” yang dipercayai digambarkan kepada seseorang — membuatkan netizen bertambah yakin sindiran itu merujuk kepada pelakon lelaki berkenaan.

Ruangan komen video terbabit dibanjiri reaksi keras. Ramai melabelkan coach itu sebagai tidak beretika, tidak profesional dan hanya mencetuskan sensasi dengan “menulis skrip drama” untuk meraih perhatian.

Ada yang menyifatkan individu seperti ini lebih banyak memporak-perandakan rumah tangga orang daripada membantu menyelesaikan masalah.

coach cerai caprice

Coach cerai Sumber : Youtube  

Dalam perbincangan yang semakin memuncak, ramai mengingatkan masyarakat supaya lebih bijak memilih tempat rujukan bila berdepan isu rumah tangga.

Mereka menegaskan Malaysia mempunyai banyak kaunselor bertauliah, pusat bantuan percuma dan khidmat psikologi yang profesional, malah panduan Islam sendiri sudah jelas.

“Come on Malaysia, we can do better than this.

Kita ada free counsellor, free therapist. Ikut Islam lagi baik — guideline semua dah ada.”

Netizen turut mengingatkan bahawa ketika perkahwinan, pasangan sudah pun melalui proses taklik, kursus rumah tangga dan diberi penjelasan tentang hak masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Haroqs
2025-11-20 11:28:33

"Berkulat, Hitam Dah Semua.." - Haroqs Akhirnya Potong Gelang Ketika Jadi Tahanan Tentera Isr*el

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...