Caprice ‘Sekolahkan’ Netizen ‘Bengap’ Persoal Mangsa Rakam Video – “99.9% Kes Gangguan Seksual Akan Jadi NFA Kalau Tiada Bukti..”

Hiburan

Caprice ‘Sekolahkan’ Netizen ‘Bengap’ Persoal Mangsa Rakam Video – “99.9% Kes Gangguan Seksual Akan Jadi NFA Kalau Tiada Bukti..”

Penyanyi dan pempengaruh popular, Caprice menyeru agar mana-mana wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual segera kumpulkan bukti termasuklah merakam video supaya pelaku boleh dibawa ke muka pengadilan.

Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli, menegaskan supaya jangan pedulikan kata-kata orang yang menganggap tindakan merakam itu sekadar mahu raih perhatian di media sosial. Apa yang penting, keadilan mesti ditegakkan.

Advertisement

caprice

Ramai tanya soalan bodoh ‘kenapa nak rakam?’. Mai saya jawab, sebab 99.9 peratus kes gangguan seksual akan jadi NFA (Tiada Tindakan Lanjut) apabila tiada bukti.

Jelas Caprice, rakaman video merupakan antara bukti paling kukuh yang boleh membantu proses siasatan apabila kes dibawa kepada pihak berkuasa.

Jadi, sesiapa yang alert tolong rakam atau cuba untuk rakam sebanyak mana yang kalian boleh. (Jangan) pedulikan netizen yang bengap.Saya sendiri seram baca komen di Facebook yang persoal kenapa mangsa rakam (video).

 

Kita yang baca pun stres. Tengok profil ada isteri dan anak-anak. (Patutnya) kita ajar anak-anak kalau sesiapa cuba buat benda pelik, cepat-cepat cuba rakam supaya ada bukti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Terdahulu, tular satu rakaman membabitkan kes gangguan seksual terhadap seorang pelajar wanita di dalam bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka Sentral.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang itu melibatkan seorang pelajar universiti berusia 19 tahun yang mendakwa dicabul oleh seorang lelaki warga asing ketika dalam perjalanan pulang dari kolejnya di ibu kota.

Suspek, yang bekerja sebagai tukang cuci dan beralamat di Alor Gajah, Melaka, berjaya ditahan polis sebaik bas tiba di Melaka Sentral kira-kira jam 8 malam pada hari kejadian.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

ammar nazhan caprice
3 months ago

"It's Not A Cerdik Bro, It's Very Stup*d" - Caprice 'Sekolahkan' Ammar Nazhan Di Podcast

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...