Di Instagram, selebriti media sosial Caprice telah membuat pendedahan mengenai seorang ustaz yang didakwa menghantar foto dan video tidak senonoh kepada seorang wanita yang juga merupakan isteri orang.
Dalam perkongsian tersebut, Caprice memuat naik tangkap layar yang menunjukkan suami kepada mangsa meminta bantuan untuk mendedahkan tingkah laku ustaz terbabit.
Menurut dakwaan suami mangsa, ustaz tersebut telah mengganggu isterinya melalui TikTok, Whatsapp, dan Facebook.
Lebih mengejutkan, suami mangsa mendakwa lelaki itu turut menghantar gambar dirinya sedang beronani sambil zikir nama mangsa.
Caprice mendedahkan bahawa nombor telefon yang digunakan oleh lelaki tersebut didakwa sama dengan nombor yang tertera pada poster umrah yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
Penyanyi itu juga menyatakan bahawa nombor yang sama, dengan wajah yang serupa, digunakan untuk menghantar video tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa mangsa dan keluarganya akan mendapatkan keadilan dalam kes ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.