Sedia maklum, beberapa minggu yang lalu, kecoh isu mengenai Caprice dikenakan perintah injuksi selepas tiga orang individu termasuk Asyraf Khalid menyamannya selepas meluahkan rasa berang usahawan itu menjemput seorang fitness coach yang sebelum ini didakwa memukul beberapa mangsa.
Caprice mengamuk, pecahkan barang!
Terbaru melalui Instagram aktivis bebas itu, dilihat dirinya mengamuk hingga memecahkan logo Munafik Hunter selepas mangsa-mangsa yang didakwa dipukul oleh jurulatih fitness itu menarik balik laporan polis.
Menurut Caprice atau mesra dipanggil sebagai Cap, jika kesemua mangsa menarik laporan polis, dirinya secara langsung akan kalah dalam kes ini dan perlu membayar semua saman lebih RM4 juta.
View this post on Instagram
Kalau korang takut ataupun tak nak keadilan, tolonglah jangan cari Caprice. Disebab kes ni, kita terima ugutan bunuh, kita kena saman dan kita disenyapkan. Jangan cari Caprice, jangan cari Munafik Hunter kalau korang senang goyah.
“Maybe Cap kena pindah negara”
Dalam pada itu, dia turut sempat menjual sticker Munafik Hunter sebagai cara untuk mengumpul wang bagi membayar saman atau dirinya perlu berpindah ke luar negara.
Maybe Cap kena pindah negara, di mana mahkamah berkuasa over Caprice macam Sajat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadapnya kerana perlu menghadapi perkara ini sedangkan hanya mahukan keadilan buat mangsa-mangsa yang dipukul.