Caprice Dikecam Jumpa Menteri Kesihatan, Langgar PKP

Hiburan

Caprice Dikecam Jumpa Menteri Kesihatan, Langgar PKP

Selepas mengecam dan mempersoalkan kredibiliti Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba susulan kenyataannya mengenai 500 negara di dunia, penyanyi rap Caprice baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dengan menteri itu untuk memohon maaf.

caprice dikecam langgar pkpMenurut Caprice, pertemuan itu dirasakan seperti bertemu dengan guru disiplin. Dia turut mengakui keterlanjurannya sebelum ini adalah disebabkan terlalu mengikutkan perasaan.

Advertisement

Bagaimanapun, pertemuan itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang beranggapan Caprice seolah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara sedang memerangi penularan wabak COVID-19.

caprice dikecam langgar pkp

Kata netizen, Caprice boleh sahaja membuat panggilan video untuk meminta maaf, sedangkan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri boleh sahaja berbincang mengenai hal negara yang lebih penting melalui sidang video.

Malah, ada yang mempersoalkan adakah rakyat boleh keluar sesuka hati untuk berjumpa dengan menteri? Ramai juga yang tertanya-tanya, bagaimana Caprice boleh bebas kesana kesini ketika PKP, adakah dia “kebal” dengan undang-undang?

caprice dikecam langgar pkp caprice langgar pkp menteri kesihatan caprice langgar pkp menteri kesihatan caprice langgar pkp menteri kesihatan

Satu contoh yang tidak baik sebenarnya apabila seorang artis ataupun ‘public figure’ menunjukkan mereka boleh pula bebas keluar berjumpa sesiapa sahaja sedangkan rakyat mematuhi arahan PKP. Apa-apa pun, kami harap Caprice ada penjelasan yang kukuh disebalik tindakannya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...