Boleh reda isu bersama usahawan, Asyraf Khalid, kali ini aktivis dan penyanyi rap, Caprice dilihat bertelagah pula dengan pempengaruh yang juga merupakan seorang peguam, Tun Laila.
Dedah Tun Laila sokong Siti Bainun
Susulan Tun Laila ada memberi komen isu antara Caprice dan Asyraf, aktivis itu berasa kesal kerana mendakwa peguam terbabit memperlekehkan serta rasa kes yang diketengahkan oleh Caprice hanya kecil sahaja.
Tidak mendiamkan diri, Caprice atau Cap tampil ‘menggorek’ semula kes yang dikendalikan oleh Tun Laila dan mendapat peguam itu berada di pihak Siti Bainun iaitu individu yang didakwa menganiaya serta mendera seorang remaja istimewa, Bella.
Anggap orang ramai tak tahu cerita sebenar
Dapat dilihat melalui perkongsian Caprice di Instagram Story, dia mendakwa Tun Laila sering kali melawat Siti Bainun di penjara, malah mempertahankan individu itu apabila ada netizen yang mempertikaikan tindakannya menjadi peguam Siti Bainun.
Dapat dilihat melalui komen yang dibalas oleh Tun Laila, dia merasakan orang ramai tidak mengetahui cerita sebenar daripada Siti Bainun mengenai dakwaan mendera Bella.
Nak perjuangkan kebenaran buat Siti Bainun
Bukan itu saja, penyanyi rap itu juga ada memuat naik hantaran lama Tun Laila yang meluahkan rasa simpati terhadap individu yang baru saja dilawat di penjara yang dipercayai ialah Siti Bainun.
Saya hanya mampu berkongsi rasa simpati. Melihat dia melalui matanya yang penuh kepiluan, benar-benar buat saya hancur. Semoga Allah mengakhiri kesakitan, penderitaan, menenangkan hatinya, dan mengurniakan kita semua kekuatan untuk terus memperjuangkan kebenaran, hanya kebenaran.
View this post on Instagram