Caprice Cari Pemain PUBG, Tawar Gaji Sehingga RM5,000 

Teknologi

Caprice Cari Pemain PUBG, Tawar Gaji Sehingga RM5,000 

Penyanyi rap tempatan, Caprice, sedang mencari pemain-pemain handal untuk bergabung dalam pasukan e-sukan yang mahu ditubuhkannya sendiri, seterusnya bersaing dalam acara-acara permainan video PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Menurut video di laman instagram penyanyi rap berumur 31 tahun itu, beliau menawarkan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada mereka yang terpilih, di samping mengurus kerjaya pemain-pemain tersebut sebagai atlet e-sukan.

Caprice memaklumkan yang dia ketika ini sedang mencari dua pemain PUBG Mobile dan dua pemain PUBG Emulator sebagai satu daripada pelaburan dalam bidang sukan elektronik.

Advertisement

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menjelaskan yang pihaknya akan menyediakan perkhidmatan penajaan, pemasaran dan penjenamaan bagi pemain pasukan PUBG miliknya nanti.

Video tersebut mendapat sambutan ramai dari kalangan penggiat e-sukan negara, sehinggakan aplikasi WhatsApp beliau gagal berfungsi akibat menerima terlalu banyak mesej.

Antara pemain yang sedang dicari Caprice ialah bekas pemain pasukan Shopee Bosskurr, Ahmad Fuad Razali atau Fredo.

Menurut catatan Insta Story Caprice pada Sabtu lepas, beliau mempunyai tawaran yang amat sukar bagi Fredo tolak.

Selain daripada bidang e-sukan, Caprice juga giat melabur dalam bidang digital lain seperti laman web dan aplikasi telefon bimbit.

Beruntunglah orang yang mahir main PUBG, boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...