Caprice Bidas Kenyataan Ustaz Abu Syafiq Persoal Status Pendapatan Youtuber Sebagai Haram

Hiburan

Caprice Bidas Kenyataan Ustaz Abu Syafiq Persoal Status Pendapatan Youtuber Sebagai Haram

Tampil membidas tindakan penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang mempersoalkan status pendapatan yang dijana oleh golongan Youtuber sebagai haram, penyanyi rap tanah air Caprice mengakui sebagai pendakwah beliau wajah menyentuh banyak lagi isu lain yang jelas bertentangan dengan agama.

 Caprice Bidas Tindakan Ustaz Abu Syafiq Persoal Status Pendapatan Youtuber Sebagai Haram.

Advertisement

Menurutnya, banyak lagi perkara buruk berlaku dalam kalangan masyarakat kini berbanding isu yang dibangkitkannya.

“Saya tak faham kenapa Ustaz Abu Syafiq tiba-tiba nak tegur Youtuber di Malaysia. Dengan hang punya level, lebih baik kita lawan judi, rasuah atau arak ke yang memang haram.”

Malah, juga dilihat tidak segan mencadangkan agar Ustaz Abu menyentuh isu dan permasalahan yang lebih membimbangkan terutamanya dalam kalangan anak muda.

 Caprice Bidas Tindakan Ustaz Abu Syafiq Persoal Status Pendapatan Youtuber Sebagai Haram.

“Hubungan yang tak halal pasti lebih banyak daripada Youtuber di Malaysia. Lebih baik hang buat kempen kahwin cepat. Pasti orang macam saya terasa, tapi hang nak tegur Youtuber pula.”

Ujar Caprice, bukanlah tugas manusia untuk menghukum sesuatu bend aitu dengan sewenang-wenangnya.

 Caprice Bidas Tindakan Ustaz Abu Syafiq Persoal Status Pendapatan Youtuber Sebagai Haram.

Terdahulu, Ustaz Abu mendedahkan kepada umum bahawa sumber pendapatan daripada Youtube kebanyakkannya adalah haram.

Tindakannya itu kemudian menerima pelbagai reaksi dalam kalangan penggiat seni, tidak kurang juga dikecam segelintir netizen termasuklah mereka yang selama ini menjadikan Youtube sebagai salah satu punca pendapatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...