Tampil membidas tindakan penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang mempersoalkan status pendapatan yang dijana oleh golongan Youtuber sebagai haram, penyanyi rap tanah air Caprice mengakui sebagai pendakwah beliau wajah menyentuh banyak lagi isu lain yang jelas bertentangan dengan agama.
Menurutnya, banyak lagi perkara buruk berlaku dalam kalangan masyarakat kini berbanding isu yang dibangkitkannya.
“Saya tak faham kenapa Ustaz Abu Syafiq tiba-tiba nak tegur Youtuber di Malaysia. Dengan hang punya level, lebih baik kita lawan judi, rasuah atau arak ke yang memang haram.”
Malah, juga dilihat tidak segan mencadangkan agar Ustaz Abu menyentuh isu dan permasalahan yang lebih membimbangkan terutamanya dalam kalangan anak muda.
“Hubungan yang tak halal pasti lebih banyak daripada Youtuber di Malaysia. Lebih baik hang buat kempen kahwin cepat. Pasti orang macam saya terasa, tapi hang nak tegur Youtuber pula.”
Ujar Caprice, bukanlah tugas manusia untuk menghukum sesuatu bend aitu dengan sewenang-wenangnya.
Terdahulu, Ustaz Abu mendedahkan kepada umum bahawa sumber pendapatan daripada Youtube kebanyakkannya adalah haram.
Tindakannya itu kemudian menerima pelbagai reaksi dalam kalangan penggiat seni, tidak kurang juga dikecam segelintir netizen termasuklah mereka yang selama ini menjadikan Youtube sebagai salah satu punca pendapatan.