Cantiknya Selfie! Wiko Perkenal Model T50 Dengan Design Terkini & Harga Lebih Mampu Milik!

Branded

Cantiknya Selfie! Wiko Perkenal Model T50 Dengan Design Terkini & Harga Lebih Mampu Milik!

Semakin hari semakin banyak jenama telefon pintar yang memasuki pasaran. Pilih saja software apa yang korang nak gunakan, tinggal pilih saja telefon pilihan ikut bajet dan kemampuan korang.

Cakap tentang telefon mampu milik, baru-baru ni BeautifulNara telah diberi peluang untuk menggunakan model terbaru daripada Wiko satu jenama telefon pintar daripada Perancis.

Kalau korang nak tau, jenama ni buat kemunculan semula di Malaysia dengan 2 model terbaru T50 dan T10. Kami menggunakan model WIKO T50, nak tau best ke tak. Check it out?

Selfie macam guna telefon mahal!

Perempuan dengan selfie tak dapat dipisahkan, benda pertama yang kami buat bila dapat telefon ni mestilah test kamera dulu.

Wiko T50 ni ada 3 kamera belakang dengan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera depannya pun boleh tahan juga dengan 16MP. Kami sejujurnya suka selfie menggunakan telefon ni sebab hasilnya nampak natural dan tak ‘fake’. 

Ni kami belanja sikit gambar dan selfie menggunakan Wiko T50.

Wiko T50 x BN

Wiko T50 x BN

Spesifikasi terbaik untuk telefon kelas pertengahan

Wiko T50 x BN

Dilengkapi cover lut sinar, pelindung skrin dan pengecas pantas.Walaupun Wiko ni merupakan telefon kelas pertengahan, harganya di pasaran sangat mampu milik. Malah spesifikasinya mampu menyaingi model terkemuka lain di pasaran.

Menggunakan cip Mediatek Helio G85, Wiko hadir dengan RAM 6GB dan storan 128GB tanpa storan SD kad.

Skrinnya pula adalah jenis LCD dengan ukuran 6.6-inci HD penuh dan kadar segar semula 60Hz. Puas nak tengok skrin dengan tatalan yang lancar.

Kat bahagian tepi pula ada bahagian pengimbas cap jari yang disatukan dengan butang kuasa. Bagi sistem operasi, Wiko menggunakan Android 11 dengan sambungan USB type C.

Wiko T50 telefon pintar kelas pertengahan dengan ciri yang dipertingkat

Kalau kami secara peribadi merasakan model Wiko T50 ni berbaloi untuk dimiliki kerana harganya yang mampu milik dengan spesifikasinya yang tak kurang dengan pesaing lain di pasaran.

Cuma satu je kekurangannya pada kami yaitu baterinya hanya 4000mAh tetapi ini ditutup dengan pengecasan pantas 40W. Dalam masa 20 minit bateri telefon korang boleh dicas sehingga 50 peratus.

Wiko T50 x BN

Ada dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Aqua Green dan Midnight Black. Bagi korang yang nak memiliki Wiko T50 ni, ia dah mula di jual secara atas talian di kedai rasmi Wiko di Shopee

Selain Wiko T50, korang juga boleh memiliki model T10 pada harga RM429 yang hadir dengan 2GB RAM beserta storan 64GB. 

Maklumat lanjut mengenai Wiko, korang boleh klik SINI atau layari Facebook rasmi Wiko Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...