Beberapa hari yang lalu, penyanyi Haqiem Rusli ada mendedahkan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun 2021 ini.
Pengumuman tersebut dibuat penyanyi lagu Adlina Marie itu menerusi Live Instagramnya sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.
View this post on Instagram
Meskipun begitu, Haqiem tidak pula mendedahkan siapakah gerangan wanita yang telah mencuri hatinya itu.
Namun, peminat nampaknya telah mula mencari siapakah wanita misteri berkenaan apabila ibu Haqiem, Nazrah Nordin seperti ada meninggalkan komen emoji senyum di sebuah hantaran Instagram seorang wanita bernama @sofeaaaaz.
Disebabkan oleh hal itu, ruangan komen foto tersebut dipenuhi dengan komen ditinggalkan oleh kebanyakan peminat Haqiem yang memuji kecantikan wanita tersebut.
Setelah meneliti dengan lebih lanjut, wanita itu boleh diandaikan sebagai rakan perniagaan Haqiem dan juga ahli keluarganya.
Sehingga kini, masih menjadi persoalan tentang siapakah bakal isteri kepada Bintang Paling Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) itu.