“Cantik Tak Perlu Mahal” – C.Code Cosmetics Sambut Hari Malaysia Dengan Diskaun Gempak!

Branded

“Cantik Tak Perlu Mahal” – C.Code Cosmetics Sambut Hari Malaysia Dengan Diskaun Gempak!

Kalau anda sedang mencari produk kecantikan yang menarik tetapi berpatutan, C.Code Cosmetics adalah jawapannya!

Tidak kira anda seorang peminat solekan glamor atau sekadar ingin tampil natural, C.Code Cosmetics menawarkan pelbagai pilihan produk yang bersesuaian dengan semua gaya dan keperluan kecantikan.

Sambutan Hari Malaysia lebih meriah bersama C.Code Cosmetics

Menjelang Hari Malaysia, C.Code Cosmetics hadir dengan promosi hebat yang tidak patut dilepaskan. Serius!

Dari 12 hingga 16 September 2025, semua peminat kecantikan boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk pelbagai pilihan produk C.Code Cosmetics, membolehkan anda memiliki produk kegemaran dengan harga lebih jimat.

Kenapa anda patut rebut peluang keemasan dari C.Code Cosmetics ini?

Produk wajah: Dari foundation yang menepati tona kulit, bedak yang tahan lama, hingga concealer yang sempurna untuk sembunyikan cela.

C.CODE Dreamy Matte BB Cushion

Cushion ini memberikan kemasan matte yang lembut dan natural dengan tekstur ringan, selesa dipakai sepanjang hari. Ia membantu menutup cela dengan sempurna, mengawal minyak berlebihan, serta mudah dibawa untuk touch-up pada bila-bila masa.

Minyak wangi: Wangian pilihan untuk memberikan sentuhan elegan dan segar sepanjang hari.

C.CODE Eau De Parfum (EDP)

Wangian ini menyerlahkan keanggunan diri dengan haruman yang elegan, segar dan tahan lama.

Best sellers & produk baru: Jangan risau, produk paling laris dan terbaru juga turut menerima diskaun, jadi anda boleh mencuba tanpa ragu-ragu.

C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Creme

Gincu ini memberikan sapuan warna pekat dengan kemasan matte yang halus dan ringan di bibir. Formulanya tahan lama memastikan warna kekal cantik sepanjang hari tanpa rasa kering, sambil memberi keselesaan maksimum.

C.CODE Cheek to Cheek Blusher

Blusher ini memberi sentuhan warna segar yang natural dengan tekstur halus dan mudah diadun.

3 tawaran hebat dalam 5 hari sahaja

Ingat, masa sangat terhad! Promosi hebat ini hanya berlangsung 5 hari sahaja iaitu dari 12 hingga 16 September 2025. Stok terhad untuk beberapa produk, jadi jangan tunggu lagi dan dapatkan produk C.Code Cosmetics hanya di Watsons sama ada di stor atau atas talian sekarang!

Promosi ini adalah peluang terbaik untuk upgrade rutin kecantikan anda, sama ada untuk kegunaan harian, untuk majlis istimewa, atau sebagai hadiah buat diri sendiri dan orang tersayang. Dengan harga yang lebih mesra poket, kini tiada alasan lagi untuk tidak tampil cantik dan yakin.

BE YOU-NIQUE bersama C.Code Cosmetics

Jadi, jangan lepaskan peluang hebat ini. Sambut Hari Malaysia dengan C.Code Cosmetics, manjakan diri anda dengan produk kecantikan premium, menarik, dan pastinya berpatutan!

Jangan tunggu lagi, terus sahaja ke laman Watsons ini untuk rebut kesemua produk dengan harga menyenangkan hati. Banyak tau produk C.Code Cosmetics yang anda boleh dapatkan di Watsons, so tatal puas-puas tau keseluruhan laman ini. Pasti rambang mata!

Dapatkan pelbagai maklumat lain di laman sosial C.Code Cosmetics seperti Facebook dan Instagram. Cepat-cepat!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...