Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida dikenali dengan megah dalam berfesyen dan sering mengenakan solekan yang tebal namun kali ini dia dipuji kerana tampil bersederhana.
Menerusi video yang dikongsikan era.je di Instagram, Vida dan Roslan Shah dilihat ditemu bual oleh penyampai radio tersebut tentang ‘jodoh’ mereka.
Usahawan berusia 53 tahun itu juga kelihatan gembira melihat gelagat Nabil, Azad dan Radin yang mengusiknya dan Roslan Shah.
Bagaimanapun, penampilan Vida turut mencuri perhatian netizen apabila dilihat hanya bersolek ringkas dan membuatkan dirinya nampak lebih muda.
View this post on Instagram
Menjengah ruangan komen, sesetengah netizen akui suka melihat penampilan dan solekan Vida yang simple sebegitu serta turut memuji penampilan sederhana Vida.
Malah ada yang menyamakan wajah Vida mirip dengan penyanyi muda, Iman Troye yang juga sebelum ini pernah menerima komen yang sama daripada netizen.
Dato nampak macam Iman Troye dengan mekap macam ini.