Pelakon popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan mereka pada minggu ini. Perkara itu semakin menarik perhatian netizen di sosial media terutama selepas Uqasha memuat naik video perkongsian majlis parti bujangnya di Instagram.
Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen mengenakan busana gaun kembang beropol berwarna merah ketika mengadakan majlis tersebut. Manakala ahli keluarga dan rakan rapat pula mengenakan pakaian serba hitam.
Dalam majlis parti bujang yang bertemakan gaya Sepanyol itu, Uqasha, 29, kelihatan anggun bergambar di sebuah pelamin mini yang direka khas untuk majlis tersebut.
Menerusi perkongsian video itu, antara selebriti yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Nelydia Senrose, Aprena manrose, dan Nadiyah Shahab.
Walaupun Uqasha dan Kamal masih merahsiakan tarikh hari bahagia mereka sehingga hari ini, ramai peminat menduga bahawa majlis pernikahan mereka bakal berlangsung pada minggu ini.
Baru-baru ini, Uqasha juga dilihat mengadakan majlis bridal shower yang meraikan bakal pengantin bersama adik-beradik dan sepupunya di sebuah restoran terkemuka.
Hubungan cinta antara Uqasha dan Kamal mula menjadi perhatian peminat selepas mereka digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik
rakyat
October 8, 2021 at 9:03 am
byk btl majlis buat.selagi tak kwen.bkn nk dengki. ckup la skdar 2 majlis. lpas nikah sanding. n esk rumah mertua. artis2 ni ko sndri create pembaziran. mmg itu duit ko. org tegur mmpus kne sound blk. sndri pikir ok.
Stupid
October 7, 2021 at 11:46 pm
Ko bagus berisi dari kurus bila kurus cam orang mental
Squidwardhilang
October 7, 2021 at 11:45 pm
Elok Pula muka die bila berisi and badan berisi x nampak cam squidward
Hahaha
October 7, 2021 at 11:43 pm
Cantik Uqasha berisi macam muka nelydia Tak nampak busuk hati bila kurus . Tak sesuai muka cengkung and kurus die ni
Roll eyes
October 7, 2021 at 4:10 pm
The women are mask free at the staircase pic… if you get covid..don’t blame gov.. blame on ur own actions