Pelakon, Datin Paduka Eina Azman tampil berkongsi pendapat mengenai isu poligami yang kini seakan-akan menjadi trend dalam kalangan selebriti.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina binti Azman berkata sebagai seorang wanita, isteri, dan ibu dia perlu cuba yang terbaik untuk menjaga rumah tangganya.
Bagaimanapun, pelakon berusia 28 itu tidak menafikan zaman sekarang agak berbeza berbanding zaman dahulu dimana para isteri dapat ‘mengikat’ suami dengan menjaga perut mereka.
Zaman sekarang ni kita ikat ketat macam mana pun kalau still nak ‘makan luar’ jugak kita tak boleh buat apa.
Dalam pada itu, Eina berpendapat walaupun wanita itu secantik mana sekalipun tetap tidak akan dapat menghalang para suami untuk tidak berpoligami.
Laranglah macam mana pun, cantik lah macam mana sekalipun kalau benda tu nak jadi akan jadi jugak.
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memberi pesanan kepada para wanita diluar sana untuk ‘sediakan payung sebelum hujan’ dan belajar untuk menyimpan.
Kita taktahu kedepan apa akan terjadi, so that bila dah ‘hujan lebat’ tu kita tak ada lah terkapai-kapai.
@keluarga.my Doa baik-baik ye. Moga pasangan ini bahagia till jannah. #einaazman #datineinaazman #fyp #foryoupage
Sebelum ini, Datin Paduka Eina Azman mengejutkan orang ramai selepas memuat naik sebuah video di laman TikTok memaparkan dirinya sedang menangis.
Susulan itu, perkongsian video tersebut telah mengundang tanda tanya orang ramai mengenai status rumah tangganya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.