“Cantik La Juga Artis Ni. Tapi Sayang, Ada ‘Natang’ Yang Mendamping”

Trending

“Cantik La Juga Artis Ni. Tapi Sayang, Ada ‘Natang’ Yang Mendamping”

Selamat pagi dan selamat sejahtera.

Nama aku M. Lelaki 31 tahun. Ini pengalaman aku penampakan makhluk halus. Dalam family kitorang panggil “menatang @ natang”. Aku ada submit 12 kisah sebelum ni so siapa yang tak baca dari awal susah nak faham. Disclaimer: Kisah hidup aku cuba bagitahu cara yang tak seram. Aku menulis untuk perkongsian pengalaman agar bermanfaat pada rakan-rakan agar kita semua tahu, dia dunia ni bukan manusia je tinggal.
PendampingAN

Advertisement

Minggu ni aku lebih pada jawab apa-apa yang korang tanya. Yang mana aku tahu, yang sempat aku jawab. Kalau aku tak tahu, tak sempat nak jawab tu maaf la eh. Aku share pengalaman and ilmu yang sikit ni agar ada manfaat pada kita. Post kali ni pasti ramai kecewa sebab bukan popular among new reader and some existing readers.


Aku bubuh link dulu banyak sangat request cerita dulu-dulu. Kalau ada mintak tolong copy paste dalam FB eh:

http://fiksyenshasha.com/?s=halus+benci

AKU NI KALAU NAMPAK AKU JADI PENAKUT. JANGAN BAYANGKAN AKU HERO DALAM INI CERITA.

KISAH 13 – Siri Bercakap Dengan M

Tajuk ni sebab ada tanya aku pernah tak baca siri “bercakap dengan jin”. Aku tak tahu pun buku tu ada sebab kalau ada, aku confirm tak akan baca langsung. Too spooky.

Aku conclude, ramai yang baca penulisan aku orang perempuan. Patut la Jerry cepat sangat famous. Kenapa tanya muka aku macam mana? Nanti hilang privacy. Aku bagi hint je la. Ayah aku dengan Pak Lang; ayah Jerry adalah kembar. Aku dengan Jerry dari kecil orang ingat kami adik-beradik. Access card office aku, gambar aku pakai gambar Jerry sebab masa aku pergi interview 5 tahun lepas, aku lupa bawa gambar passport. Aku pakai je gambar passport Jerry yang ada dalam wallet aku. Dah 5 tahun kerja, tak ada siapa perasan. Cuma aku cerah dengan sepet sikit dari Jerry, Mama aku ada campur cina, Mak Lang pure Melayu

Villa Nabila

Sebelum ke sesi Q&A, aku nak cerita. Sikit je pasal trip ke Johor Bahru. Aku dengan staff aku buat audit dekat branch JB. First time sampai Johor ni. Kat sini, makan pisang goreng pun dengan kicap pedas. Staff buat audit, aku duk bilik meeting tengok Beauty & The Beast. Tapi buat muka serius tengok-tengok report. Bila staff masuk aku tukar screen pada annual report. Baru aku tahu dulu aku gigih buat audit, apa boss aku buat dalam bilik meeting. Keh keh. Lepas tu, petang tu jalan-jalan JB tapi hujan lebat pulak so aku suruh driver hantar balik hotel.

Kami lalu depan Istana Johor yang ada crown tu, lepas tu aku nampak Natang muka bengis atas satu bukit. Natang tu warna hitam, which is aku rasa ada orang bela. Bukit tu dekat je dengan istana tu. Aku pun tanya driver tu macam tourist; apa ada atas tu. Driver jawab tu la Villa Nabila. Aku google pakai HP, famous tempat tu. Kenapa aku tak tahu? Lepas tu boleh driver tu buka cerita hantu kat Kota Tinggi. Dia kata ramai tak tahu even penduduk JB. Boleh ajak Jerry ni. Tengok la kalau Jerry on, aku pergi. Dia tak lama lagi kan nak jadi penganggur.

Aku start with Aunty Noraziah Amdan. Aunty, doctor yang aunty cakap tu, kalau area Cheras juga, saya kenal. Tapi bukan Dr Raj. Doctor tu memang ada buka pusat gelandangan dengan buat soup kitchen bagi orang tak bernasib baik sekitar KL ni makan. Kalau saya free, saya pun tolong. Dulu sebelum Noah lahir, Cindy dengan Kiko selalu volunteer. Dr. Raj and Dr. Maria kadang-kadang pergi bagi rawatan percuma dekat centre dia. Kalau aunty tahu doctor tu and dapat kenal saya dan keluarga saya, minta aunty Noraziah jaga privacy kami yek? Thank You in advance aunty.

Pendinding

Ramai yang tanya kalau kena orang hantar macam jin untuk sesatkan kita. Minyak dagu la, minyak kelapa la, tabur beras, bunjut kuning dan sebagainya. Pak Lang kata, kalau ada barang fizikal macam bunjut ke, beras ke, patung ke, mula-mula kumpul barang-barang tu, simbah petrol lepas tu bakar. Abu dia buang sungai ke atau longkang yang air mengalir la senang cerita. Untuk mencegah and untuk beginners, hafal and baca ayat Kursi and surah 4 Qul (Al-Kafirun, Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq) pada garam. Tabur keliling rumah. Jangan saving garam. Tabur je banyak-banyak. Lepas tu baca je surah tu banyak-banyak kali. Ala garam sebungkus 60 sen cap burung layang-layang tu pun boleh. Beli banyak-banyak.

Kalau ada ahli keluarga yang dah kena and kita rasa semacam ganjil pada diorang; contohnya macam tiba-tiba angau kat ex-BF sampai tak makan tak minum tak mandi semua lepas tu lupa suami, cara yang lebih kurang sama tapi baca kat air putih, bagi dia minum. Buat langkah yang sama sampai banyak kali, yang kali terakhir tu bagi air putih + garam. Kalau dia muntah lepas minum air garam tu, memang ada orang sihir dia la. Kalau tak muntah, mungkin dia angau ex-BF dia betul-betul. Ni cara pencegahan awal DIY. Kalau tak Berjaya, pergi la ke masjid cari orang yang tahu berubat. Masjid mesti ada punya. Jangan la cari bomoh. Aaaa, sekadar menjawab soalan, aku tak akan bagitahu macam mana nak tengok Natang eh. Tak mungkin aku bagitahu macam mana.

Bomoh Kelapa

Bercakap pasal bomoh, kan popular masa kapal terbang MAS hilang, ada bomoh kelapa pakai teropong, aku harap jangan la ada yang tanya lagi lepas ni. Nak sebut nama dia dalam ni pun aku tak berani kalau-kalau dia ada niat yang buruk boleh jadi kat aku sekeluarga. Aku dengan Pak Lang pernah terserempak dengan yang dimaksudkan dekat Jalan Masjid India. Masa selisih dengan dia dengan pengiring dia tu, Kiko dengan Mak Lang kata bau dia wangi sangat bau minyak attar. Tapi aku dengan Pak Lang bau busuk sangat. Macam bau sampah dah berulat. Aku nampak dalam ramai-ramai pengiring dia, ada 2,3 orang bukan manusia tapi Natang. Masa kitorang nak balik dah sampai parking, Pak Lang buka mulut. Muka Pak Lang pucat lesi la masa tu. Dia kata ada Natang yang sangat besar jaga bomoh tu. Mungkin sebesar bangunan 2 tingkat. Aku kata aku tak nampak apa-apa pun. Tapi Pak Lang kata ilmu aku rendah, apa yang aku boleh nampak tu limited. Pak Lang kata dia bukan takut Natang tu tapi takut kalau bomoh tu cari pasal. Natang dia sangat kuat. Ok tu je pasal bomoh habis kat sini. Tak boleh cerita banyak-banyak.

Artis cantik pakai pendamping

Nak tambah sikit, Jumaat lepas, family kitorang pergi makan kat Pavilion. Dalam restoran tu ada la satu artis. Cantik la juga artis ni. Tapi sayang, ada Natang yang mendamping. Bila Sepul whatsapp dalam family group, Pak Lang kata dia tahu pendamping jenis tu. Natang kuat tu. Sama ada ambil di Indonesia atau Thailand. Nanti si pemakai akan sentiasa nampak cantik, orang akan sentiasa memuja and selalu teringat kat dia. Dia ni pelakon, sekarang dah mula menyanyi. Dia ada satu butik di Bangsar kalau tak silap.

Masa jalan-jalan dalam Pavilion ada 2 perempuan tegur kitorang. Macam machine gun dia bercakap:

Perempuan baju Biru: Eh you Jerry kan? Dalam cerita Fiksyen Shasha. (sambil tunjuk muka Eric Mendonca kat Handphone dia) Ni cousin you kan, M dengan Sepul. Mana satu M mana satu Sepul? Ni mesti Cindy sebab muka Caucasian. Dari Amsterdam kan? You Yati kan? Mana Kiko and Pak Lang? Tak sangka jumpa you all kat sini. Boleh selfie tak?

Jerry: Bukan la. I Rashid. Ni jiran I, Jamal and adik dia Natasha. Ni pulak adik I Rahmat. Yang Caucasian ni office mate I actually dia Japanese. Kiko tu siapa?

Cindy: Konnichiwa

Perempuan baju Kuning: Jom la pergi. Kau ni buat malu aku je. Dah la salah orang.

Adik baju biru gambar Minnie Mouse, kalau baca kisah ni, itu la kami. ?

Magic Show

Mengenai magic show, siapa yang tanya, lupa la. Magic show terbahagi pada dua. Trick and pure magic. Kalau trick tu biasa la. Bunga keluar dari baju. Arnab keluar dari topi. Dan sebagainya. Cuba tengok Youtube rancangan “Penn & Teller: Fool Us”. Sana banyak trick. And senang cerita Trick ni ada logic akal la. Boleh kantoi kalau silap buat. Aku pun tau skill hilang syiling keluar bunga. Tapi masa tunjuk Cindy tak jadi sebab dia dah tau buat juga.

Yang pure magic ni pula, pakai Natang. Senang citer, Jin. Kalau nak cerita, yang tak logic akal. Roh masuk mayat dah mati, burung merpati dah mati hidup balik, potong kepala orang hidup pasang kat mayat dah mati la. Kan tak logic tu. Contoh yang famous masuk TV macam David Blaine, Criss Angel, David Copperfield, Cyril Takayama pun ada sikit-sikit. Aku dengan Cindy ada satu memori pasal ni.

Masa lepas sanding, kami ke Genting Highland sebab kami dapat pakej honeymoon tajaan Kiko dan Jerry. Dah free, pergi je la. Ni bukan pasal hantu Genting eh. Ok dalam pakej tu, kami dapat tiket tengok Magic Show. Nama magician lupa tapi dari US. Let say nama magician tu Simon. So malam tu pergi la tengok la. Cut short magic dia semuanya trick. Aku dengan Cindy pun suka la tengok live magic show, dekat row paling depan pulak tu.

Bila scene yang terakhir tu, magician tu kata untuk show penutup, dia nak ajak macam magician jemputan. Lepas tu keluar la satu lelaki berjubah merah, pakai penutup kepala. Aku dapat detect tu bukan manusia biasa, tapi Natang. Natang tu buat la Magic. Potong tangan assistant Simon sampai putus dengan kapak. Assistant Simon punya mengerang tu tak payah cakap la. Bingit. Memang live memang real. Aku nampak tangannya putus. Bukan trick. Ye lah kalau dah assistant Simon tu tak pakai baju memang nampak la. Darah memercik atas pentas. Penonton lain ada yang muntah dekat row belakang.

Lepas tu Natang tadi konon-konon hisap darah dari tangan putus tu. Dia baca jampi serapah apa tah, sembur darah tu kat tangan, tadaaa. Tangan sambung balik. Dah sambung assistant Simon tadi mengerang terus sambung show. Semua penonton berdiri tepuk tangan. Aku pun berdiri la. Tiba-tiba Natang tu tengok aku muka bengis je lepas tu dia keluar pentas. Tiba-tiba Simon cakap tanpa mikrofon jari tunjuk kat aku lepas tu cakap kat aku. Ok aku buat dialog:

Simon: You see something, you see something about my guest magician? You see it right?

M: Your guest is not human, I know what it is

Simon: Just keep the secret between us, brother. Just you and me. Keep it low

Lepas tu habis show, aku dengan Cindy pun balik hotel. Lepas ni kalau tengok magic, korang boleh la nilaikan sendiri.

Ustaz Penipu

Macam mana nak tahu tahap Natang yang masuk badan manusia tu tahap tinggi atau rendah. Hmm aku tak ada jawapan spesifik la untuk pertanyaan ni. Yang aku ada kalau ikut pengalaman, orang yang dirasuk tengok mata dia. Kalau mata setakat terbuntang, tapi nampak putih and biji mata, tu biasanya tahap rendah tu. Senang je nak ubatkan bak kata Jerry. Kalau mata merah pun sama tahap rendah. Yang tak ada ilmu mengubat pun boleh mengubat. Refer cara yang tadi yang pakai air dengan garam. Tapi kalau mata dah hitam semua, tak ada yang putih atau suara dah bertukar jadi garau itu kemungkinan Natang yang kuat. Kalau terjadi, panggil la orang berpengalaman atau pandai mengubat handle orang ni. Pastikan orang tu betul-betul pandai, bukan penipu.

Ada masa jamuan Raya Cina anjuran DUN kawasan rumah kami few years ago, masa malam tu ada yang kena hysteria. Dekat tempat public, kami tak akan cakap pasal keluarga kami pandai berubat la, apa la. Kami tak akan dedahkan identity kami. So masa tu masa tengah kecoh-kecoh, datang la satu “Ustaz” ni kata dia pandai ubatkan. Siap minta upah rm300 lagi. ADUN tu pun setuju la.

Apa tah dia berubat, baca surah lazim pun salah-salah. Lepas tu dia buat skill macam dalam komik. Macam Son Goku dalam komik Dragon Ball nak fire siap laungan “Allahuakbar”. Sepanjang aku hidup, tak pernah aku tengok Atok aku dengan Pak Lang buat macam tu. Sudahnya tak ada apa effect. Yang perempuan hysteria tu bangun, serang “Ustaz” tu sampai bergelut. Masa tu aku sokong Natang daripada Ustaz penipu tu. Ye lah, Ustaz tu boleh jaja nama Islam. Tengah bergelut tu boleh pulak baca surah yang aku dengar macam ada ke surah tu? Tak pernah dengar pun. Mungkin dia rasa golongan Cina ramai kat situ nak tunjuk dia hebat la kot.

Sampai satu tahap, Jerry dah tak tahan, dia dengan Sepul gi leraikan dua orang tu. Sepul sempat la tampar Ustaz tipu tu. Jerry settlekan budak hysteria tu tak sampai 5 minit. Lepas tu Jerry dengan Sepul cepat-cepat lari naik kereta sebab tak nak orang kenal. Aku, Kiko dengan Cindy kena call teksi nak balik rumah sebab datang naik satu kereta dengan Jerry

“Who Is Najwa Latiff?”

Dalam keluarga, kami lebih banyak berhubung darah. Bagi menjawab soalan Ms. Serina, bukan kami turunkan kapada anak kami, tapi lebih pada automatic. Macam Noah dengan anak Sepul, kami tak tahu sebab kecik lagi. Tapi Isabel, anak Jerry ada ciri-ciri bapak dia. Mungkin sebab semua baby, boleh nampak juga. Wallahualam. Isabel dah 2 tahun lebih. Dia suka tunjuk-tunjuk ke arah pintu. Sebab kat luar pintu banyak Natang lambai-lambai nak berkawan dengan baby. Kalau masa Isabel tunjuk tu Jerry nampak ada Natang, siap la. Time ni Kiko suka tengok Jerry naik angin kat pintu. Kata abang dia macam orang tak betul cakap sorang-sorang.

Kami bukan family kaya ye. Banyak kata kami family kaya. No, kami pun salary worker. Kalau nak kata kaya, Pak Lang kaya. Dia ada Dato’. Rumah aku ngan Sepul pun dia hadiahkan masa kahwin. Sebab tu kitorang duduk sebelah menyebelah. Jerry je nak duduk bawah ketiak mak lagi. Siapa yang nak jadi menantu Pak Lang, kena duduk dengan Mak Pak mertua. Tapi rumah Pak Lang ada swimming pool mesti best jadi menantu. Tapi Pak Lang nak bersara dah. Tahun depan nak pergi haji nak beramal jariah katanya. Semua business Jerry akan takeover. Sebab tu 30/4 ni Jerry last day jadi pilot. Spa Mak Lang pun dia nak bagi Kiko dah. Kiko dah ajak Cindy tolong dia uruskan spa. Jerry, you need a banker to help you run the company aa brother? Keh keh keh

Last few days, dalam whatsapp group, Jerry ada screenshot pasal ada akak nak main gitar macam Najwa Latif. Dia pun tanya “who is Najwa Latif?”. Aku lagi la tak tau so aku tak reply. Kalau Amy Mastura ke, Siti Nurhaliza ke, aku kenal la. Tiba-tiba Sepul dengan gagah perkasanya reply “I think she is Fauziah Latiff’s younger sister who host Malay talk show with Nabil Raja Lawak and has own tudung brand”. Lepas tu terus Mama aku reply “tu Neelofa” Terus Sepul Exit group sebab malu. Tapi sekarang dah join balik la

Kari Air Liur ‘Natang’

Rupa Natang eh, dia macam-macam bentuk. Ada rupa binatang, ada rupa manusia dan macam-macam lagi. Tak ada yang spesifik. Ada yang secantik Amy Mastura ada yang seburuk Valak dalam cerita Conjuring 2. Satu je persamaan. Diorang tak boleh jejak tanah. Semua macam terapung.

Mengenai tabur pasir dekat pinggan kedai makan seksyen 6 tu, Jerry nak tawarkan benda tu. Bila dah kotor, owner dia kena basuh pinggan tu balik. Bila basuh, jilatan air liur punya kesan pun hilang la. Lagi satu, Jerry nak bagitahu owner tu yang ada orang dah tahu trick kotor dia tarik pelanggan. Yang Natang jilat pinggan tu, tu pinggan bersih, bukan pinggan kotor. Macam ni, bila Natang jilat pinggan bersih, kita pun cedok nasi masuk ke dalam pinggan yang ada kesan jilatan diorang. Bila gaul gaul, kita makan nasi, kari bersama air liur Natang. Tu yang jadi sedap tu. Teringat terngiang-ngiang di ingatan. Cuba korang bungkus, makan kat rumah. Baca doa dengan ayat kursi sebelum makan. Mesti rasa dia tak sesedap makan di kedai tersebut

Kesan Sampingan

Last but not least, ada yang tanya pasal kecederaan atau side effect yang kena mengena dengan Natang. Ok yang ni aku start dengan, keluarga aku yang lelaki semua rabun belah malam kalau di jalanraya. Kalau drive malam tu susah. Aku tak tahu kalau kereta tu dekat ke jauh ke, aku nampak lampu je. Kalau ada simpang, atau signboard aku tak nampak tulisan. Kalau lampu isyarat aku susah nak nampak warna dari jauh. Aku nampak kelabu je semua lampu. Aku tak tahu kalau kena mengena tapi ayah Sepul dari muda dia dah suruh Atok tutup tak bagi nampak Natang, elok je dia drive malam sampai sekarang. Kalau malam, biasanya Cindy yang drive. Lagipun, kami 3 beranak jarang la keluar malam. Baik duduk rumah. Anak kecik lagi

Kalau kata kecederaan, yang aku ingat eh. Natang pernah cucuk gunting kat peha aku masa kat rumah satu doctor ni. Selain tu aku pernah jatuh Motor masa zaman belajar kat UM sebab Natang tumpang belakang motor. Aku terkejut dan tak boleh control motor, aku langgar tiang elektrik. Sepul pulak Natang pernah hentak dengan kerusi kat kepala. Selain tu dia pernah kena simbah air panas oleh Natang yang rasuk kawan sekerja dia masa di pantry KLIA. Jerry je setahu aku tak pernah luka apa-apa. Natang tak berani dekat dengan dia.

Kiko banyak kali kena. Bila Pak Lang ubatkan orang, Natang tu kadang-kadang mesti lari kat Kiko lepas tu Kiko kena rasuk pulak. Pak Lang ubatkan orang yang dah teruk. Kalau biasa je, Pak Lang tak buat. Sampai Kiko kalau dengar Pak Lang nak ubatkan orang, dia suruh tunggu dulu dia nak bersiap pakai elok sikit. Macam dah tahu je Natang kadang-kadang nak masuk badan dia. Tapi Pak Lang ada la ubatkan orang setahun tu satu kes je. Masa kecik Pak Lang ubatkan ramai orang Kiko selalu kena. Sekarang ni aku rasa ada la dekat 8 tahun dah Kiko tak kena rasuk.

Itu saja buat masa ni. Cindy ngan Kiko suruh ceritakan pengalaman diorang pula lepas ni.

p/s: Akak reen_az, best ke kisah hidup ni? Print buat buku. Nanti pinjam eh nak fotostat. Menulis pun ke laut ni

p/s/s: Kak Yulie dah hilang

Sumber: Fiksyen Shasha

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...