“Cantik Ke Diri Saya? Yang Tuduh Jumpa Di Akhirat!” – Mak Wan Latah Hampir Pengsan Dituduh ‘Penyondol’ Suami Orang

Hiburan

“Cantik Ke Diri Saya? Yang Tuduh Jumpa Di Akhirat!” – Mak Wan Latah Hampir Pengsan Dituduh ‘Penyondol’ Suami Orang

Pelakon Mak Wan Latah berasa kesal kerana dituduh menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangga satu pasangan yang menjadi tular di media sosial sejak minggu lalu.

Ditemui Melodi, Mak Wan mengalami sesak nafas dan hampir pengsan ketika ditemubual mengenai isu tersebut.

Advertisement

Mak Wan tak sanggup dan tak kacau suami orang. Mak Wan tak pernah ganggu rumah tangga orang. Kadang-kadang terfikir, mengapa nasib aku macam ni? Kenapa ada orang fitnah aku. Mak Wan tak buat.

Rumah tangga Mak Wan hancur disebabkan mereka. Sejak itu hidup Mak Wan kelam dan hancur.

Kata aktres itu lagi, dia dituduh mempunyai anak luar nikah hasil hubungannya bersama suami orang.

Walaupun Mak Wan miskin, susah tapi Mak Wan tak buat, kepada yang tuduh macam tu, nilailah sendiri. Kesianlah dekat Mak Wan.

Tengoklah muka Mak Wan ni, cantik ke ada ke lelaki yang nak lagi.

Malah, dia juga memberi amaran agar mereka yang memfitnahnya untuk segera bertaubat dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan.

Yang menuduh, kau cari lah Mak Wan kat akhirat esok. Hidup sekejap, sudah-sudahlah fitnah kat orang. Kita tak akan hidup senang, satu hari satu nyawa akan pergi.

Difahamkan pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 itu kini mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampun hidup setelah kurang menerima tawaran berlakon.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syada Amzah
1 year ago

"Dah Tahap Bernafas Pun Orang Tak Suka" - Syada Amzah Sedar Diri Tak Disukai, Anggap Komen Sakit Hati Sebagai Satu Pujian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...