“Cantik Aleesya Bertutup” – Anak Erra Fazira Dipuji Netizen, Tak Perlu Seksi Untuk Raih Populariti

Hiburan

“Cantik Aleesya Bertutup” –  Anak Erra Fazira Dipuji Netizen, Tak Perlu Seksi Untuk Raih Populariti

Baru-baru ini pelakon, Erra Fazira memuat naik posting di Instagram menunjukkan dia meluangkan masa berkualiti bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.

Menerusi entri tersebut, dapat dilihat Erra Fazira mengenakan pakaian sedondon dengan anak perempuannya ketika menghadiri sebuah ‘event’.

Advertisement

Walau bagaimanapun, ruangan komen Erra dihujani dengan pujian warganet yang kagum dengan kecantikan anak dara pelakon Sembilu itu.

“Cantiknya anak dara Kak Erra, persis ayahnya, mewarisi kecantikan ibu,” kata seorang peminat.

“Cantik Aleesya bertutup sopan dan ayu macam mama,” ujar seorang warganet.

“Suka Aleesya sebab tak perlu seksi-seksi untuk popular. Pemalu pun ye,” kata seorang lagi netizen.

Sekadar info, Erra Fazira pernah mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada tahun 2007 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.

1 year ago

"Sporting Tang Mana" - Kongsi Video Anak 'Sleepcall' Dengan BF, Netizen Anggap Sharifah Zarina Tak Endah Hukum Agama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...