Pernah tak anda perlu beratur panjang untuk bayar parking kereta atau terhilangkan tiket parking di pusat membeli-belah?
Anda mungkin tidak akan mengalami masalah-masalah ini lagi jika anda pergi ke pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Mereka sedang menjalani proses percubaan sistem parking baru yang serba canggih dan pertama digunakan di pusat membeli-belah di Malaysia. Wow bestnya!
Sunway Pyramid menggunakan sistem pengenalan nombor lesen plate kereta atau license plate recognition system yang bertujuan untuk mengunrangkan kesesakkan aliran dalam tempat letak kereta.
Di samping itu, sistem baru tersebut dijangka boleh mengurangkan masa yang diperlukan untuk masuk dan keluar dari tempat letak kereta.
Pengurusan pusat membeli belah itu juga berharap untuk mengurangkan bilangan masalah kehilangan tiket atau salah letak kereta serta kerumitan beratur panjang di mesin pembayaran auto.
Bagaimana sistem ini berfungsi?
Anda hanya perlu memandu ke pintu masuk berpalang seperti biasa, di mana sistem akan mengenal pasti nombor plat lesen kereta anda dan palang tersebut akan terbuka. Mekanisme yang sama digunakan untuk jika anda ingin keluar.
Buat masa ini, sistem baru tersebut belum dilancarkan untuk kegunaan orang ramai. Hanya untuk kegunaan 200 kenderaan berdaftar sahaja kerana masih dalam tempoh percubaan.
Ia akan dibuma kepada pengunjung Sunway Pyramid secara berperingkat. Untuk sesiapa yang berminag untum mendaftar, bolehlah layari page Facebook rasmi Sunway Pyramid.
Video simulasi penggunaan sistem ini:
Kalau sistem ini memang bagus dan boleh kurangkan kesesakkan dalam kawasan parking, bolehlah apply untum lebih banyak pusat membeli-belah di Malaysia kan?
Sumber: Facebook