‘Candy Grape’ Kelantan Kena Kecam, Guna Gambar Orang Lain, Pelanggan Dakwa Produk Tak Sama & Tak Sedap – “Tak Lalu Nak Makan”

Kehidupan

‘Candy Grape’ Kelantan Kena Kecam, Guna Gambar Orang Lain, Pelanggan Dakwa Produk Tak Sama & Tak Sedap – “Tak Lalu Nak Makan”

Tular di media sosial apabila seorang pengusaha manisan ‘candy grape’ dari Kelantan dikecam hebat selepas didakwa menggunakan gambar orang lain untuk mempromosikan produknya, namun hasil jualan sebenar jauh berbeza daripada apa yang diiklankan.

Pendedahan itu dibuat menerusi beberapa hantaran di Threads oleh pengguna yang berkongsi pengalaman di mana  pelanggan merasa tertipu selepas menerima produk yang kelihatan tidak sama langsung seperti dalam gambar promosi.

Advertisement

Candy Grape

Menurut mereka, pengusaha terbabit sebelum ini pernah ditegur oleh pemilik asal gambar candy grape yang dijadikan bahan promosi tanpa kebenaran  namun teguran tersebut tidak diendahkan dan disifatkan ‘sombong’.

Lebih mengejutkan, ramai pelanggan lain turut tampil di ruangan komen mendedahkan mereka juga pernah “terkena” dengan produk sama, mendakwa manisan tersebut bukan sahaja tidak sedap, malah terlalu mahal berbanding kualiti sebenar.

Pengusaha candy grape dikecam

“Indah khabar dari rupa. Dalam gambar nampak mewah dan juicy, tapi bila sampai lain sangat —keras, masam, tak macam yang dijual peniaga lain,” kata seorang pengguna.

Sehingga kini, nama pengusaha tersebut belum dikenal pasti secara rasmi, namun isu berkenaan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial yang menegur taktik pemasaran tidak jujur dan pentingnya etika dalam perniagaan atas talian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pengantin lelaki kena terjah
2025-10-08 14:23:16

Bekas Isteri Nafi Tak Bagi Suami Jumpa Anak - "Dia Biar Sampai Tertidur Di Luar Rumah, Lepastu 'Report' Polis"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...