Candy Crush Di Bursa Saham New York

Trending

Candy Crush Di Bursa Saham New York

Pereka permainan atas talian terkenal, Candy Crush menyatakan hasrat untuk disenaraikan di Bursa Saham New York.

Advertisement

Firma teknologi berpangkalan dari Britain itu berharap dapat meraih sekurang-kurangnya 500 juta dolar dari tawaran awam permulaan , IPO berkenaan.

Pereka permainan Candy Crush, king.com dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah bertanya kepada badan kawal selia suruhanjaya sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat bagi penyenaraian berkenaan.

Bagaimanapun syarikat buat masa ini belum menentukan jumlah saham yang akan ditawarkan serta harga bagi IPO itu.

Syarikat itu berhasrat menyenaraikan saham biasanya di Bursa New York di bawah simbol King.

Candy Crush ialah permainan aplikasi mudah alih yang paling popular dan paling banyak dimuat turun pada tahun 2013.

Menurut penganalisis penyenaraian Candy Crush itu akan memberi manfaat besar kepada Facebook.

Sejak pelancarannya pada 2012, ia telah dimuat turun lebih daripada 500 juta kali di platform media sosial terunggul dunia itu.

Kecemerlangan Candy Crush juga telah membantu syarikat induk King digital entertainment meraih pendapatan lebih 600 juta dolar dalam suku keempat 2013 selain keuntungan 160 juta dolar dalam tempoh sama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...