Sama ada sah atau tidak pernikahan penyanyi Hafiz Hamidun dengan Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa di media sosial akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah pada 14 September ini. Ini setelah Joy memfailkan permohonan Faraq (pembubaran nikah) pada 18 Ogos lepas disebabkan keraguan Hafiz Hamidun yang mendakwa Joy masih isteri Mohd Rayos Abdul Rahim pada 1 Mei lepas iaitu hari pernikahan mereka.
Melodi TV3 telah mendapatkan kenyataan dari Hafiz berkenaan status pernikahannya dengan Joy:
Saya tak tahu apa yang dia claim, apa yang dia failkan. Tak tahu apa tuntutan dia. Kalau dia kata dia bukan isteri orang semasa bernikah dengan saya, dia kena jawab tentang itu. Saya tidak ada apa-apa komen.
Bukan saya yang menimbulkan apa-apa spekulasi. Kenyataan saya mudah sahaja.Kita kena bercakap melalui fakta. Buat masa ini, Disebabkan kes ini sudah masuk mahkamah, saya tidak ada apa-apa kenyataan.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kalau nak cakap tentang periksa (latar belakang Siti Arifah), kita telah pun melalui prosedur-prosedur yang sebenar. Ada kronologi dan fakta-fakta yang kukuh. Kenyataan seterusnya tidak boleh saya berikan sekarang.
Hafiz juga diminta mengulas mengenai komen Joy bahawa dirinya ditinggalkan dan bagai digantung tidak bertali olehnya:
Saya telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan benda-benda yang tidak diingini berlaku. Tindakan saya ialah berdasarkan fakta, bukannya rekaan, drama atau apa-apa yang membabitkan emosi. Saya juga dapat nasihat dari ustaz-ustaz serta pejabat agama sendiri.
Saya telah berbincang dengan pendaftar nikah, rujuk dan juga cerai tentang situasi yang berlaku. Cukup saya katakan yang saya telah laksanakan tanggungjawab sepenuhnya untuk mengelakkan benda-benda yang tidak diingini berlaku.
Segala kenyataan-kenyataan yang dia buat, tidak kira di laman sosial, televisyen, akhbar dan sebagainya, dia perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Di sendiri yang bawa kes ini ke mahkamah, dia kena menerima sebarang keputusan (mahkamah).
Kalau dia kata tak dapat berhubung dengan saya dan ajak berbincang, saya sebenarnya tak ada apa-apa yang nak ditakutkan. Perbincangan kami sudah berlangsung sejak dulu, sebelum berlangsungnya pernikahan. Perbincangan itu sering dilakukan.Disebabkan dia sudah bawa tentang ini ke peringkat lebih tinggi iaitu dibicarakan di mahkamah, maka saya akan tunggu keputusan mahkamah.
Ditanya tentang masa depan rumahtangganya:
Apabila kita berkahwin bukan hanya melibatkan lelaki dan wanita, suami dan isteri semata-mata, sebaliknya semua aspek: keluarga, peribadi, kerjaya dan sebagainya.
Apabila berlaku isu dalam rumahtangga, kita hendak selesaikan secara baik namun nak dapat komitmen pihak yang satu lagi, timbul pula isu meluahkan perasaan, membabitkan campurtangan orang luar yang tidak sepatutnya.
Itu menunjukkan bahawa tidak ada hormat kepada saya. Kalau dia rasa saya ini sebagai suaminya, dia perlu mendengar dan menerima nasihat, kerana setiap kali saya bercakap, nada saya bukannya melenting, Saya bercakap berdasarkan fakta, hukum-hakam agama yang betul, lunas-lunas undang-undang yang sewajarnya, tidak masukkan sebarang emosi dalam perbincangan yang membabitkan masa depan dan sebagainya. Kita tunggu dan lihat.
Apa yang dia failkan akan ditentukan oleh mahkamah. Sekiranya kes ini boleh memberi implikasi kepada rumahtangga, saya sebenarnya bersikap positif. Saya tiada sebarang prasangka dan saya akan menghormati segala apa yang diputuskan oleh mahkamah kerana itu cara terbaik.
Sementara itu, Joy dilihat masih mengharap untuk bersama Hafiz selepas ini:
Sungguh, Syurga itu bukan murah.. . Semoga kita mampu mengatasi segala ketidakmungkinan bersama karna yakinlah hanya rencana Allah swt saja yang terbaik utk kita..
19.8k Likes, 811 Comments – Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on Instagram: “Sungguh, Syurga itu bukan murah.. . Semoga kita mampu mengatasi segala ketidakmungkinan bersama…”
Dan kakak Joy pula dilihat memuat naik status membidas Hafiz Hamidun, mendakwa tidak mahukan Hafiz dalam keluarga mereka:
Bagi penulis, Hafiz dilihat seolah-olah mengabaikan Joy kerana baginya, Joy bukan isterinya memandangkan dia telah diberitahu oleh pihak yang berautoriti bahawa pernikahan mereka tidak sah. Sekiranya Joy bukan isterinya, maka dia tidak perlu bertanggungjawab sebagai suami kepada Joy, bukan?
Apa-apa pun, seperti yang telah penulis katakan, keputusan muktamad akan dibuat oleh Hakim Syarie pada 14 September ini, memandangkan hanya Hakim sahaja yang berhak menentukan secara rasmi sah atau tidak sesuatu penikahan. Bersamalah kita menunggu dengan sabar. –beautifulnara.com