‘Cameraman’ Tolak Pengantin Masuk Parit Mohon Maaf Pada Pemilik Butik – “Ada Pengantin Lain Dah Lock Baju Tu Nak Pakai Next Week”

Kehidupan

‘Cameraman’ Tolak Pengantin Masuk Parit Mohon Maaf Pada Pemilik Butik – “Ada Pengantin Lain Dah Lock Baju Tu Nak Pakai Next Week”

Melalui platform media sosial, baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang jurugambar menolak pengantin lelaki masuk ke dalam parit sewaktu sedang menjalankan sesi pengambaran.

Jurugambar sengaja tolak pengantin masuk dalam parit

Dapat dilihat raut wajah pengantin lelaki itu terkejut apabila dirinya ditolak masuk ke dalam parit, lagi-lagi baju yang dipakai merupakan baju pengantin yang disewa di sebuah butik.

Advertisement

Tindakan jurugambar tersebut telah mendatangkan rasa kurang dikalangan netizen, di mana rata-ratanya berkata baju songket seperti itu susah untuk dibasuh.

Bahkan, pemilik busana pengantin tersebut turut mengeluh melihat kejadian berkenaan kerana baju serta aksesori yang dipakai oleh pengantin berkenaan tidak boleh kena air.

Kenapa abang cameraman buat macam tu. tu baju saya…rosak la tanjak basah gitu.. tanjak tak boleh kena air… aksesori tak boleh kena air. aksesori semua tu…Allahu.

Sedar buat silap, katanya cuai..

Sedar mengenai kesilapan diri, jurugambar terbabit tampil memohon maaf kepada pemilik busana tersebut dengan menghantar mesej peribadi akan membetulkan keadaan.

Saya minta maaf atas kecuaian saya. Nanti kami akan bayar lepas semua okay dan bincang.

cameraman tolak pengantin

Jurugambar tersebut turut berkata akan ‘counter back’ semula dengan mengatakan ia untuk mempromosikan kedai butik pengantin itu.

Lebih memeningkan pemilik busana tersebut kerana ada pengantin lain yang sudah menyewa baju berkenaan untuk dipakai di majlis persandingan pada minggu seterusnya.

cameraman tolak pengantin

pak andam
5 days ago

"Jarang Jumpa, Tak Perlu Jadi Lembut Pun" - Pak Andam 'Mekap' Pengantin, Netizen Luah Rasa Kagum

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...