Satu perkongsian di media sosial menjadi sorotan gara-gara seorang penemu duga tampil bercerita mengenai kisah-kisah di sebalik mencari pekerja baharu buat syarikatnya baru-baru ini.
Ujar Ezzat, dia yang bertanggungjawab menguruskan calon-calon temu duga syarikatnya menyangka salah seorang daripada mereka tidak menghadiri sesi tersebut namun ternyata silap.
Kalau boleh gambar dalam resume tu jangan la pakai filter, pakailah gambar yang original.
Aku ingat budak tu tak datang temu duga, rupanya sudah lama terpacak dekat situ. Lain benar mukanya.
Meskipun tidak mendedahkan siapakah individu tersebut, Ezzat menegaskan bahawa setiap syarikat amat menitik beratkan penampilan dan pembawakan diri calon yang hadir untuk sesi temu duga.
Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sebagai penemu duga di syarikat masing-masing.
Ada seorang calon lelaki ni, dia hantar resume tapi gambar atas motosikal. Ya tuhan, dengan filter oren-orennya lagi.
Selalu buat sis terperanjat, ingatkan salah orang. Dalam gambar macam model kebangsaan. Depan-depan peringkat sekolah pun tak lepas.
Ada juga warga maya yang menyarankan agar para graduan didedahkan dengan cara memohon dan menulis ‘resume’ dengan betul sejak di peringkat Universiti bagi memudahkan mereka menghadapi alam pekerjaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.