Calon STPM Di Johor Ditahan Polis Kerana Hina Sultan Perak

Trending

Calon STPM Di Johor Ditahan Polis Kerana Hina Sultan Perak

Seorang pelajar Tingkatan Enam ditahan kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di laman sosial.

Advertisement

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata pelajar itu berumur 19 tahun dan bersekolah di Pagoh, Muar, Johor bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bulan depan.

“Suspek dikenakan tahanan reman selama tiga hari di hadapan majistret bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata tangkapan ke atas pelajar terbabit dibuat selepas pihak polis menerima enam laporan Sabtu lepas yang melibatkan kes menghina Sultan Nazrin yang tular di laman sosial.

Pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...