Hari ini ialah hari pertama peperiksaan Pentaksiran Tingakatan 3 (PT3) dan seorang pelajar yang sepatutnya menduduki peperiksaan tersebut didapati terbunuh.
Mangsa dipercayai telah terjun dari tingkat 11 sebuah apartmen di Bandar Sri Pinang, Pulau Pinang.
Menurut The Star dan Sinchew, pelajar 15 tahun itu terjun awal pagi tadi, melalui tingkap biliknya yang terbuka.
Mangsa ialah seorang pelajar Tingkatan 3 yang belajar di Sekolah Menengah Heng Ee.
Mayatnya ditemui oleh pekerja pembersihan berdekatan kolam renang.
Dia telah meninggalkan nota mengatakan ingin bunuh diri sebelum terjun. Namun ibunya menganggap dia hanya bergurau,
Dalam nota itu, mangsa mengatakan mengalami tekanan dan tidak tahan lagi.
Ahli keluarganya dikatakan amat kecewa apabila turun untuk melihat mayatnya.
Mangsa ialah anak sulung dalam keluarga dan mempunyai dua orang adik.
Mayatnya telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. Kes ini masih dalam siasatan polis.
Sekiranya anda bersedih dan perlu bercakap dengan seseorang, sila bercakap dengan Befrienders KL di talian 03-79568144 or 03-79568145. – amazingnara.com
Sumber: World of Buzz, Harian Metro Gambar: China Press