Calon Gagal Semua Subjek SPM 2024 Meningkat, Tidak Fokus & Bekerja Waktu Malam Antara Puncanya

Berita

Calon Gagal Semua Subjek SPM 2024 Meningkat, Tidak Fokus & Bekerja Waktu Malam Antara Puncanya

Berdasarkan Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, jumlah calon gagal semua mata pelajaran dalam SPM 2024 dilaporkan meningkat.

Hal itu dikongsikan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan di Kementerian Pendidikan (KPM) yang mendedahkan tidak fokus kepada proses pembelajaran termasuk sebahagian besar bekerja pada waktu malam terutama di bandar adalah antara punca kepada peningkatan tersebut.

Advertisement

keputusan SPM gagal

Berdasarkan rekod 1,789 atau 0.5 peratus calon SPM 2024 dikenal pasti gagal dalam semua mata pelajaran termasuk subjek Bahasa Melayu atau Sejarah, sekali gus tidak layak mendapat sijil.

Jumlah itu meningkat berbanding SPM 2023 dengan jumlah bilangan pelajar gagal semua mata pelajaran 1,467 calon atau 0.4 peratus.

Selain daripada itu, ada juga segelintir calon menghadapi isu berkaitan literasi dan numerasi yang tidak ditangani lebih awal, selain kurangnya sokongan dari segi persekitaran pembelajaran di rumah.

Itu sebab saya sebut, (isu) kekeluargaan beri kesan kepada pencapaian murid.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nandos tawarkan ayam percuma buat pelajar spm 2024
2 days ago

Nando's Tawarkan Ayam Percuma Untuk Pelajar SPM 2024, Yang Gagal Subjek Pun Tak Terkecuali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...