Baru-baru ini, seorang selebriti wanita bergelar pelakon dan penyanyi mendakwa dirinya mampu membaca hati orang dan juga pandai mengurut.
Perkongsiannya itu kemudian menjadi perbualan warga maya terutamanya dalam kalangan peminat.
Ada yang meminta agar selebriti itu mendapatkan rawatan perubatan Islam kerana mungkin ada ‘sesuatu’ sedang berdamping.
Namun, satu komen daripada seorang individu menjadi tumpuan gara-gara dakwaan selebriti itu masih berhutang duit ‘goodies’ ketika majlis perkahwinannya dulu.
Hutang goodies kahwin bila nak bayar? Sampai sekarang, malas nak kejar dah. Call memang tak angkat. Macam mengemis.
Tiap kali nampak post pasal dia ni hati aku membuak-buak je. Tak boleh nak positive dah. Kalau dia baca saya reminds SACC goodies time nikah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka selebriti itu berperangai seperti itu dan meminta agar dia segera muhasabah diri untuk membayar hutang individu itu dengan segera.