“Calit Je, Takyah Sental” – Produk ‘Viral’ Sebab Boleh Hilangkan ‘Stain’ Pada Pakaian, Kari Terpercik Pun Tak Ada Hal!

Gaya Hidup

“Calit Je, Takyah Sental” – Produk ‘Viral’ Sebab Boleh Hilangkan ‘Stain’ Pada Pakaian, Kari Terpercik Pun Tak Ada Hal!

Kalau korang suka outfit warna putih tapi takut nanti ada stain, this product will save your life!

Biasalah hidup ni kadang-kadang ada hari kita clumsy dan kelam kabut ke kan? Memang malang tidak berbau tapi tak ada masalah kalau kita standby produk ni dalam beg.

Advertisement

Tular di Twitter baru-baru ini tentang satu pen magik yang boleh hilangkan stain di pakaian berwarna putih.

Girlsss, if you jenis yang suka pakai warna putih atau soft colors tapi clumsy, I suggest you try pakai ni. Best sebab tayah sental!”

 

Calit-calit, hilang!

Menurut gadis yang berkongsi tentang produk ini, bermacam jenis stain boleh dihilangkan oleh instant stain remover ni termasuklah mi kari yang terpercik atau kopi tertumpah.

Pen ini memang sesuai sangat sebab kecik dan boleh dibawa di mana-mana, campak je dalam beg tangan tu. Bukan itu je, ia juga mudah nak digunakan, berfungsi sama macam pemadam.

Kalau korang tak percaya, gadis ini turut tunjuk testimoni yang dicuba pada baju yang telah terkena percikan.

Produk ini mempunyai bahan yang dinamakan hydrogen peroxide iaitu agen pemutih untuk bersihkan balik kotoran pada fabrik itu.

Selain itu, ia juga ada magnesium sulfate yang akan mempercepatkan liquid itu kering selepas dicalit pada bahagian stain di fabrik.

 

Bukan pen je, wipes pun ada!

Apa yang lagi best? Produk ni bukan setakat dalam bentuk pen tapi juga ada wipes dalam saiz kecil dan nipis je. Selit dalam purse pun boleh tau!

Best kan produk ni? Memang recommended dan perlu ada terutamanya golongan mak-mak yang semestinya akan ‘huru hara’ dan tend to experience benda-benda macam ni.

So, kalau ada produk ni kan lebih mudah. Bila ada benda terpercik atau tertumpah boleh terus wipe atau calit! Tapi pastikan bila dah terkena tu kena terus lap. Jangan tunggu lama lama pula.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Lebih 2,000 Terjual Di Shopee, Ramai Rupanya Tak Tahu Pasal Dua Produk 'Viral' KoolFever Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...