Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Cakap Tak Suka Pun Kena Juga..”- Hadapi Gangguan Seksual, Hafreez Adam Kongsi Pengalaman Pahit Di Instagram

Pelakon Hafreez Adam menerusi ruangan Instagram tampil berkongsi mengenai pengalaman pahitnya menghadapi gangguan seksual daripada wanita.

Hafreez AdamSumber : Instagram Hafreez Adam  

Gemar membahasakan dirinya sebagai Abe di media sosial, Hafreez mendakwa dia pernah mengalami pengalaman sedemikian dan menganggap gangguan seksual itu turut terjadi kepada kaum lelaki, bukan wanita semata-mata.

Advertisement

Hafreez mengambil keputusan untuk berkongsi mengenai kisah tersebut apabila ada peminat yang bertanyakan mengenai gangguan seksual sewaktu dia membuat siaran langsung (Live) di Instagram miliknya.

Tambahnya lagi, perkara memalukan itu pernah juga terjadi terhadap dirinya ketika berada di set penggambaran di mana ada wanita yang suka memegang dada dan punggungnya. Hafreez yang pada mulanya merasa terkejut kemudiannya kesal kerana tidak tegas dalam menyatakan ‘tidak’ dan ianya telah berulang kali berlaku kerana wanita itu beranggapan perkara tersebut hanyalah sekadar gurauan.

View this post on Instagram

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

“Abe tahu dia gurau. Sebab dia cakap tak suka lelaki pun. Masalahnya adalah, ini adalah tubuh badan saya, dan Abe tak selesa orang pegang/tepuk dekat situ. Abe pernah cakap,’janganlah. Aku tak suka’. Tapi dia buat juga. Sebab pada dia, semua hanyalah gurauan. Salah saya juga sebab tak bertegas.”

Advertisement

Dia dalam pada itu turut berasa kesal kerana isu gangguan seksual ini seolah-olah berat sebelah apabila ada wanita yang melakukan, namun teruk dikecam jika sebaliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

“Okay kalau perempuan buat. Semuanya seolah gurauan. Tapi lelaki kalau buat laju sahaja kena kecam. Dan jika lelaki cakap mengenai isu ini, orang pandang serong.”

Akhir coretannya, Hafreez berharap agar perkara seperti itu tidak dijadikan suatu kebiasaan dan meminta semua masyarakat agar menghormati permintaan seseorang individu apabila mereka mengatakan ‘tidak’ dalam sesebuah tindakan yang dilakukan.

SUMBER : Instagram Hafreez Adam
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama