“Cakap Pakai Sedap Mulut Saja” – Wan Fayhsal Dakwa Ada Yang Jual Buah Pinggang Sebab Tak Dapat Keluarkan KWSP?

Berita

“Cakap Pakai Sedap Mulut Saja” – Wan Fayhsal Dakwa Ada Yang Jual Buah Pinggang Sebab Tak Dapat Keluarkan KWSP?

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan yang dianggap mengelirukan gara-gara kerajaan tidak membenarkan pengeluarkan KWSP bersasar kepada rakyat.

Ujarnya, ramai rakyat kini berada dalam keadaan susah dan melarat sehinggakan ada yang bertindak menjual buah pinggang bagi menampung kehidupan.

Advertisement

Sampai ada yang kena jual buah pinggang, yang datang berjalan dari Johor sampai ke Istana Negara pada hari ini, ini bukan perkara main-main, perkara besar.

Kenyataan itu ternyata telah mencetuskan pelbagai respon dan reaksi daripada netizen.

Seperti respon daripada seorang pakar perubatan ini, dia mendakwa bahawa aktiviti menjual buah pinggang daripada orang yang masih hidup adalah haram dan tidak dibenarkan di Malaysia.

Berikutan itu, ramai menggesa agar Wan Ahmad Fayhsal dikenakan tindakan kerana telah menimbulkan keresahan selain menyebarkan berita palsu kepada orang awam.

Mogok doktor kontrak
1 year ago

"Pesakit Boleh Ke Klinik Atau Hospital Swasta" - Doktor Malaysia Mogok Tiga Hari Bermula Hari Ini, Kemuka 6 Tuntutan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...