Baru-baru ini, penyanyi kontroversi, Ismail Izzani ada mengeluarkan kenyataan bahawa mujur dirinya ‘kaki perempuan’ daripada mempunyai nafsu songsang terhadap kaum sejenis.
Susulan mengeluarkan statement sedemikian, terdapat individu di TikTok berasa kurang senang dengan penyanyi yang juga merupakan seorang pelakon itu.
Menurut individu terbabit, kata-kata yang dilontarkan oleh Ismail atau mesra dipanggil sebagai Mael itu seakan-akan seseorang yang tidak mempunyai iman.
Cara jawab macam tak iman, tak ada akhlak dan tak ada adab.
Individu terbabit turut menegur selebriti itu sama ada dia suka jika perasaan kakak atau adik perempuannya dipermainkan oleh lelaki lain.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakkan netizen bersetuju dengan pandangan individu terbabit dan berasa syukur ada juga yang berani tampil menegur aktor terbabit.mail izzani
Sebelum ini, Ismail Izzani memberitahu bahawa dirinya tidak lagi mahu mempedulikan dengan sebarang gelaran ataupun tanggapan masyarakat terhadapnya.