“Cakap Kat Bini Tu, Jangan Suka-Suka Lagi Usik Anak Orang” – Isteri Ditegur, Fizi Ali Naik Angin..

Hiburan

“Cakap Kat Bini Tu, Jangan Suka-Suka Lagi Usik Anak Orang” – Isteri Ditegur, Fizi Ali Naik Angin..

Penyampai radio kontroversi, Fizi Ali baru-baru ini ada berkongsi foto momen-momen ketika bersama isteri dan juga anak-anaknya ketika bersiar-siar di pusat membeli belah.

Kelihatan ceria dan bahagia, ramai netizen mendoakan agar kehidupan anak beranak itu kekal bersama dan dilindungi daripada anasir-anasir jahat.

Advertisement

Namun, satu komen yang ditinggalkan individu ini telah membuatkan Fizi mengamuk dan naik angin pula.

Tulis individu itu, isteri Fizi Ali diberi amaran untuk tidak lagi mengusik anak orang.

Cakap kat bini tu, jangan suka-suka lagi usik anak orang.

Maklum dengan komen tidak semena-mena itu, Fizi Ali tampil membalas dan mempersoal keperluan individu berkenaan untuk meninggalkan komen sedemikian rupa.

Aik? Bini aku usik kau ke? Dan yang kau cakap anak orang tu anak aku. Kenapa makcik? Ada saya buat apa-apa dekat makcik ke atau keluarga makcik?

Terdahulu, Fizi Ali meluahkan rasa syukur apabila dapat bertemu kembali anaknya, Ameena Sofia setelah hampir 3 bulan tidak bertemu.

Kongsi Fizi, Ameena juga kelihatan teruja ketika dijemput pulang daripada sekolah dan berpeluang meluangkan masa selama 4 hari.

Fizi sebelum ini menuntut hadanah kekal daripada bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri kerana gagal bertemu anak perempuannya itu sebelum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fathia Zahirah
10 months ago

(VIDEO) "Kalau Saya Nak Komen, Memang Dah Lama.." - Zahirah Macwilson Akhirnya Buka Mulut Isu Diganggu Fathia Latiff

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...