Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter mengenai sebuah video yang memaparkan situasi di sebuah pasaraya melibatkan seorang pelanggan lelaki dengan juruwang kaunter atau cashier telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, pelanggan lelaki itu dilihat berang apabila juruwang tersebut bertindak menutup kaunter pembayaran.
Difahamkan, lelaki berkenaan memarahi juruwang tersebut selepas mendakwa dia sudah lama beratur menunggu giliran dan tidak dimaklumkan lebih awal mengenai penutupan kaunter.
Mana awak punya ‘sign‘ tutup kaunter? Is this how you treat people? excuse me?. Eh tak nak cakap pulak. Sebab apa, takut saya record?
Malah, pelanggan itu turut cuba memprovokasi juruwang tersebut selepas tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan juruwang itu.
Pastu cakap kurang ajar. Wah-wah senang hidup, jeling apa? Cakap elok-elok boleh?
Kesian jgk dekat casher mungkin dia tak sempat nak letak tutup sign tu … dh tiba masa dia balik . Tp penat jugak jd customer tu dh beratur lama tibe ckp counter close pastu tgok kaunter lain panjang tu yang jadi angin lari pic.twitter.com/nVbAUFst8K
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) January 1, 2023
Susulan itu, perkongsian video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai sehingga mencecah 1.5M tontonan, 1.5K tanda suka, 786 ciap semula, dan 964 ciap balas di laman Twitter.
Meninjau di ruangan balas, terdapat netizen yang mempersoalkan motif pelanggan itu kerana menganggap perkara tersebut boleh diselesaikan dengan baik tanpa perlu dirakam dan ditularkan di media sosial.
Namun, ada juga pihak yang mengatakan mungkin juruwang itu sudah penat kerana telah habis syif kerja dan ingin pulang segera.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.