“Cakap Dengan Suami Kau….” – Alyah Dedah Selalu Dapat ‘DM’ Daripada Peminat, Maki Ramli MS Isu Program GV

Hiburan

“Cakap Dengan Suami Kau….” – Alyah Dedah Selalu Dapat ‘DM’ Daripada Peminat, Maki Ramli MS Isu Program GV

Penyanyi, Datin Alyah yang juga merupakan isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ramli MS mendedahkan dirinya tidak terasa hati dengan kritikan warganet terhadap suaminya yang menjadi ketua juri program Gegar Vaganza (GV).

Memetik laporan sumber, Alyah tidak menafikan ada sebahagian komen yang melampau namun memilih untuk mengendahkan kata-kata tersebut dan menjadi pendengar setia kepada permasalahan yang dihadapi suami.

Advertisement

Alyah juga memberitahu dirinya sudah lali dengan perkara-perkara sedemikian sejak bergelar sebagai seorang selebriti.

Perkara itu pun dah lama pun saya hadapi, jadi sudah ‘immune‘. Cuma kita ni manusia, ada hati. Ada kalanya kelab peminat artis, malah fans sendiri pun ‘bantai’ kita. ‘Cakap dengan suami kau begitu begini.’ Saya pun rasa terfikir, apa masalah? Saya tak selalu mengikuti GV sebab lazimnya hujung minggu ada buat persembahan.

Bercerita lebih lanjut, pelantun lagu Meluruh itu menyatakan Ramli MS atau lebih dikenali sebagai TokRam turut menasihati isterinya itu supaya tidak melayan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh wargamaya terhadap dirinya.

Dia minta supaya jangan dilayan. Kata TokRam, mereka tak tahu pun kisah disebalik apa yang terjadi secara keseluruhan. Malah saya pun tak tahu. Jadi rasanya saya tak perlu masuk campur.”

Untuk info, Ramli MS telah mendirikan rumah tangga bersama Alyah pada tahun 2013 dan menjadi ketua juri dalam program Gegar Vaganza sejak musim pertama hingga yang terbaharu, edisi kesembilan.

Datin Alyah
2 years ago

“Saya Isteri Tak Sempurna” - Menangis Teresak-Esak Di IG, Datin Alyah Buat Peminat Risau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...