“Cakap Dekat Dia, Jangan Masuk Campur” – Aaron Aziz ‘Warning’ Sharnaaz Bersuara Tentang Konflik Dengan Syamsul Yusof

Hiburan

“Cakap Dekat Dia, Jangan Masuk Campur” – Aaron Aziz ‘Warning’ Sharnaaz Bersuara Tentang Konflik Dengan Syamsul Yusof

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad ada memberi kenyataan bahawa dia bersikap profesional dan tidak bersetuju dengan gesaan sesetengah individu yang memintanya menarik diri daripada filem arahan Syamsul Yusof.

Ia berhubung konflik yang berlaku di antara Aaron Aziz dan pengarah filem The Original Gangster itu di mana Sharnaaz yang dikenali dengan panggilan Mamu berkata,

Advertisement

Tak semua yang keluar dari mulut orang marah itu benar. Janganlah cepat percaya apa yang dihidangkan.”

Dalam pada itu, Aaron ketika ditanya tentang hal tersebut menegaskan bahawa dia tidak mahu orang luar yang tidak berkenaan memberi apa-apa kenyataan tentang isu berkenaan.

Cakap dekat dia (Sharnaaz), jangan masuk campur.”

Itu amaran tegas diberikan Aaron kepada Sharnaaz yang berkata jika ada mana-mana pihak yang mahu masuk campur untuk berjumpa dengannya dahulu.

Kepada yang tidak terlibat dengan produksi (filem The Original Gangster), jangan bagi kenyataan. Jangan masuk campur. Kalau nak (masuk campur), jumpa saya dulu.”

Terdahulu, Sharnaaz turut meminta Aaron dan Syamsul untuk menghentikan persengketaan bagi menghormati bulan Ramadan.

Sharnaaz Ahmad
1 year ago

"Makin Banyak Cakap, Takut Terselak Kain Sendiri" - Sharnaaz Ahmad Tak Akan Tarik Diri Dari Sebarang Filem Arahan Syamsul Yusof

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...