Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan antara pengangkutan awam popular, terutamanya untuk perjalanan antara negeri.
Walaupun tiket boleh dibeli secara dalam talian, ramai masih memilih untuk membeli di kaunter atas sebab-sebab tertentu.
Baru-baru ini, KTMB mula mengenakan caj tambahan sebanyak RM5 bagi pembelian tiket secara manual di kaunter, termasuklah warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Sebaliknya, penumpang perlu membuat pembelian menerusi aplikasi KTMB Mobile untuk mengelak daripada dikenakan caj tambahan tersebut.
Susulan itu, perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai kerana ia boleh menjadi satu kesukaran buat mereka yang kurang mahir dalam teknologi.
Memetik laporan FMT, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) telah mengkritik keras KTMB kerana mengenakan caj tambahan.
Presiden Fomca, N Marimuthu, berkata caj ke atas semua pembelian di kaunter adalah tidak wajar, dan tindakan mengenakan caj RM5 bagi setiap tiket kepada warga emas serta orang kurang upaya (OKU) disifatkan sebagai “amat tidak berperikemanusiaan”.
Adakah pegawai berkenaan bergurau? Macam mana orang yang cacat penglihatan nak guna aplikasi?
Lebih menyedihkan, orang lain pula tidak dibenarkan membeli tiket melalui aplikasi bagi pihak OKU dan warga emas.
K Dinesh Menon yang cacat penglihatan memaklumkan caj tambahan juga dikenakan apabila dia cuba membeli tiket bagi keluarganya.
Menurut jurucakap KTMB kepada FMT, sistem tanpa tunai telah diperkenalkan tahun ini dan penumpang digalakkan membeli tiket secara dalam talian atau melalui kiosk layan diri untuk menikmati tambang yang lebih rendah.
Dia turut menjelaskan bahawa kadar tambang konsesi dan diskaun bagi golongan layak seperti warga emas, pesara dan OKU masih diteruskan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.