Caj RM3000 Sekepala Untuk Pelarian Rohingya Naik Bot Ke Malaysia

Dunia

Caj RM3000 Sekepala Untuk Pelarian Rohingya Naik Bot Ke Malaysia

Pelarian Rohingya dikesan membayar RM3000 sekepala untuk naik bot dari Aceh ke Malaysia. Mereka ditahan penguatkuasa ketika diseludup menceroboh negara ini melalui perairan Selangor, selepas melarikan diri daripada kem pelariaan kerajaan Indonesia di Aceh.

Baki yang dibayar adalah tambahan kepada RM5000 yang perlu dilangsaikan ketika dibawa keluar dari kem pelarian di Bangladesh untuk melarikan diri ke Malaysia, sebelum bot yang membawa mereka rosak dan terdampar di perairan Aceh.

Advertisement

pelarian Rohingya

Kapten Mohammad Rosli Kassim selaku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor berkata, kadar bayaran itu diketahui hasil siasatan terhadap empat suspek membabitkan dua dewasa dan dua kanak-kanak yang ditahan oleh pasukan berkenaan.

“Mereka yang menyebut nama (individu pengurus) adalah orang sama, kita percaya lelaki itu menjadi ejen membawa pendatang Rohingya dari Bangladesh ke negara ini, sebelum terdampar di perairan Aceh”. 

Penguatkuasa difahamkan bayaran kepada ejen dibuat ahli keluarga mereka yang berada di negara ini, sebelum ejen menguruskan kemasukan.

“Ejen sama dipercayai menguruskan kemasukan ke negara ini dari Indonesia sebelum sebelum keempat-empatnya ditahan di Pantai Morib, pada 29 Disember lalu”.

Beliau menjelaskan empat pelarian itu dipercayai  bergerak dari Bagansiapiapi, Sumatera dan perjalanan menggunakan bot kuasa tinggi ke perairan Malaysia, mengambil masa kira-kira 90 minit.

“Ejen berkenaan turut menguruskan perjalanan dari kem penempatan pelarian di Lhokseumawe, Aceh (Utara Sumetera) ke Bagansiapiapi. Sebail tiba di negara ini, ejen menguruskan perjalanan dengan kereta ke beberapa buah rumah transit di Lembah Klang sebelum diambil ahli keluarga atau kenalan masing-masing”.

Sementara itu, Kapten Mohammad Rosli berkata, anggota maritim menyedari kehadiran sebuah bot pancung sekitar jam 10.15 malam menggunakan enjin berkuasa tinggi di persisir Pantai Morib.

Sebaik sahaja mereka menyedari kehadiran penguatkuasa, kesemua penumpang bot berkenaan terjun ke laut yang berselut kerana air surut pada waktu itu. Mereka dapat ditangkap namun pemandu bot sempat melarikan diri.

Dua pelarian dewasa yang ditahan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, manakala dua kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun diserahkan kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menurut ketua pasukan petugas Rohingya di Lhokseumawe yang dikenali sebagai Ridwan Jamil, pelarian disyaki menghubungi penyeludup untuk membawa mereka menyeberangi Selat Melaka menuju ke Malaysia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...