Caj Pengeluaran RM1 Di ATM MEPS Dibatalkan Sepanjang Tempoh PKP

COVID-19

Caj Pengeluaran RM1 Di ATM MEPS Dibatalkan Sepanjang Tempoh PKP

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjejaskan banyak pihak. Bagi mengurangkan beban yang di tanggung oleh rakyat ketika ini, kerajaan telah memutuskan semua institusi perbankan untuk mengecualikan caj RM1 bagi pengeluaran wang melalui Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEP) di mesin juruwang automatik (ATM)

Baca: Ini Cara Untuk Anda Semak Dan Dapatkan Bantuan Prihatin Nasional Bermula 1 April

Advertisement

Pengecualian bayaran ini akan bermula pada 6 April 

Perkara ini akan memberikan ruang dan kemudahan kepada rakyat supaya mereka menggunakan ATM yang disediakan.

Menurut menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan pengecualian caj RM1 itu dibuat adalah bertujuan untuk mengelak orang ramai berkumpul di dalam bank untuk mengeluarkan wang melalui kaunter.

Itu akan menambah burukkan lagi keadaan, sedangkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penjarakkan satu meter antara satu sama lain.

Gambar Hiasan

Difahamkan setakat ini bahawa, pengecualian caj RM1 yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh PKP iaitu sehingga 14 April 2020 ini.

Pengecualian caj yang ditawarkan ini dipercayai, sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat Malaysia khususnya kepada peniaga yang terkesan dengan penularan COVID-19.

Tetapi, jangan pula mereka berpusu-pusu di ATM. Pastikan jarak sosial satu meter dipatuhi

Dari segi pengurusan perbank, kerajaan menggalakkan rakyat mengamalkan penggunaan atas talian untuk urusan memindah wang dan sebagainya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...