Caj Kotak Simpanan Barang RM15 Kepada Pelajar, Ibu Bapa Mahasiswa Kecam UniMAP

Trending

Caj Kotak Simpanan Barang RM15 Kepada Pelajar, Ibu Bapa Mahasiswa Kecam UniMAP

unimapKumpulan ibu bapa pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meluahkan rasa kecewa terhadap pihak pengurusan kerana mengenakan caj kepada pelajar yang mahu menyimpan barang di kolej kediaman semasa cuti semester.

Memetik sumber FMT, caj tersebut dikenakan menerusi pembelian kotak berjumlah RM15 setiap satu dan pelajar perlu membeli kotak yang disediakan pihak kolej kediaman itu sekiranya ingin menyimpan barang di dalam stor kolej kediaman.

Advertisement

Bagi ibu bapa pelajar berkenaan, menyimpan barangan dalam stor kolej kediaman tidak sepatutnya dikenakan sebarang bayaran.

Malah, pengenaan caj itu menunjukkan pihak pentadbiran UniMAP tidak mempunyai sikap bertimbang rasa kerana membebankan pelajar.

“Keputusan pihak UniMAP ini tidak langsung mengambil kira situasi mahasiswa mahasiswi yang menuntut di UniMAP yang berasal dari negeri-negeri jauh,” kata mereka.

UniMAP mengumumkan penggunaan kotak khas dan pengenaan caj RM15 setiap kotak menerusi satu memorandum 16 Mei baru-baru ini. Menurut UniMAP, harga bayaran adalah termasuk sewaan stor untuk tempoh penyimpanan sepanjang cuti semester dua sidang Akademik 2015-2016.

Sehubungan itu, kumpulan ibu bapa terbabit bercadang untuk merujuk kes itu kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi kerana UniMAP menguatkuasakan undang-undang tersebut tanpa rundingan dengan pihak ibu bapa.

“Disebabkan pihak UniMAP tidak menunjukkan ruangan tolak ansur bersama pihak ibubapa, maka aduan ini telah kami lanjutkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Kami berharap keputusan dan tindakan yang setimpal wajar akan diambil,” katanya.

Mengulas perkembangan ini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan berkata pihaknya telah membuat keputusan untuk menangguhkan caj tersebut untuk semester ini selepas menerima bantahan.

“Untuk makluman caj penyimpanan barang tidak akan dilaksanakan semester ini. Pihak kolej akan memberikan penjelasan kepada pelajar mengenai isu ini,” katanya.

“Penangguhan ini dibuat untuk membuat kajian secara terperinci terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan pada semester hadapan, terutamanya meningkatkan ruang penyimpanan yang lebih baik dan selamat,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.