Tak dinafikan di Malaysia ramai penggemar kopi asli. Mungkin isu ini bukan sesuatu yang diduga. Namun apa yang akan berlaku sekiranya ada jenama kopi lain yang cuba menjadi ‘kopicat’ atau menciplak keaslian dari jenama kopi lain? Adakah korang boleh terima sebagai satu tiruvasi atau inovasi?
Susulan dengan itu, 2 jenama kopi membuat keputusan untuk membatalkan pengeluaran produk mereka berikutan kritikan hebat yang diterima dari penggemar kopi di negara ini.
Pengumuman pembatalan yang mengejutkan in dibuat oleh kedua-dua jenama itu menerusi laman web mereka baru-baru ini.
Memetikan tulisan di laman web rasmi mereka, “Cafe Nasty telah belajar dengan cara keras tentang betapa pentingnya menjadi original dan tidak meniru orang lain. Setelah menerima respon dari pengomen, Cafe Nasty tidak lagi akan melancarkan kopi tarik di dalam tin”, tulis Cafe Nasty.
“Malangnya, kami terpaksa menutup Dowan Coffee susulan maklum balas negatif tentang menjadi kopi tarik nombor 2 dalam tin dan mengikuti jejak langkah yang lain. Kami akan cuba cara lain”, kata Tu, selaku pengasas Dowan Coffee.
Dalam pada masa yang sama, Dowan Coffee dan CafeNasty turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penarikan itu di Facebook mereka.
Sebelum ini telah viral apabila Dowan Kopi Tarik dan CafeNasty Kopi Tarik dihentam teruk oleh netizen susulan penyebaran video promosi mereka. Sehingga video tersebut tersebar luas dan dikongsi oleh beberapa page besar popular Malaysia.
Antara kritikan yang dilontarkan adalah mempersoalkan strategi kedua jenama itu yang dilihat seakan cuba meniru meniru produk Wonda Kopi Tarik dan juga penggunaan nama negatif seperti ‘Nasty’.
Sumber : Cafe Nasty, Dowan Coffee, FB Cafe Nasty, FB Dowan Coffee