Cadangan untuk menempatkan 1,000 doktor pelatih di hospital kerajaan untuk melancarkan operasi harian penularan Covid-19 telah dibantah oleh Dr. Zubaidah Zabidin, konsultan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.
Dr Zubaidah berkata, pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba didakwa telah melanggar etika perundangan kedoktoran susulan doktor pelatih itu tidak bertauliah dan tidak mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Tahunan (APC) untuk rawat pesakit.
Doktor pelatih ini tidak bertauliah dan belum mempunyai APC untuk merawat pesakit malah mereka tidak mempunyai kuasa untuk memberi ubat meskipun hanya panadol.
Melihat kepada cadangan Menteri Kesihatan, Dr Zubaidah merasakan cadangan tersebut tidak akan mencapai penyelesaian permasalahan.
Kekurangan doktor itu sepatutnya diisi dengan doktor bertauliah atau pegawai perubatan atau setara dengannya
Semalam, Dr Adham ada mengumumkan untuk menempatkan doktor pelatih di hospital kerajaan mulai Isnin ini bagi membantu melicinkan operasi harian petugas hospital menangani penularan wabak ni. Kesemua doktor pelatih tersebut akan menjalani latihan induksi selama 5 hari termasuk pengendalian elemen Covid-19 sebelum memulakan tugas mereka di hospital kerajaan. Dr Zubaidah menggesa kerajaan untuk lebih serius dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas kepada orang awam berhubung berita terkini tentang Covid-19.
Beliau juga difahamkan orang awam mulai panik dan berpusu-pusu membeli stok keperluan makanan sebagai persediaan sekiranya kerajaan mengumumkan perintah berkurung susulan Covid-19 pada bila-bila masa.
Kerajaan juga masih belum menjelaskan peruntukan dari segi bentuk bantuan Covid-19 yang melibatkan kos perubatan pesakit sama ada dibiayai secara percuma atau sebaliknya. Pada pendapat beliau, apabila melibatkan penyakit kecemasan seperti ini rawatan percuma perlu diberikan seperti yang dipraktikkan di seluruh dunia.
Waktu menunggu pesakit tidak kira di klinik atau hospitaln juga perlu dipendekkan untuk mengurangkan pendedahan kepada Covid-19 menerusi kecekapan dan kepantasan doktor dalam mengandalikan pesakit.
Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan pengendali kantin di hospital untuk menyaring suhu, memakai sarung tangan dan topeng muka semasa penyediaan makanan kepada orang awam. Nasihat Dr. Zubaidah kepada orang awam agar tidak membawa ahli keluarga yang sihat semasa datang membuat rawatan. Hanya ahli keluarga yang memerlukan rawatan sahaja yang datang ke hospital.