Cadangan Penggunaan Straw Serai Untuk Pesakit Akan Diperluaskan Di Kafe Hospital

Kehidupan

Cadangan Penggunaan Straw Serai Untuk Pesakit Akan Diperluaskan Di Kafe Hospital

Kebanyakan restoran dan kedai di Malaysia sudah mula mempraktikkan larangan penggunaan penyedut minuman plastik. Bukan sahaja sebagai inisiatif untuk menjaga alam sekitar, peraturan ini juga dibuat untuk mendidik pengguna supaya lebih peka dengan pembuangan sisa plastik yang semakin kronik.

Baru-baru ini, penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik. Langkah ini juga akan dimulakan di kafe hospital untuk digunakan oleh pesakit.

Advertisement

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa, berkata pihaknya bersedia membekalkan tanaman serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.

Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau kepada pesakit sendiri kerana ia adalah daripada bahan semula jadi.

Beliau akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk tujuan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak. Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah yang amat bagus kerana ia dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik.

Straw serai

straw serai

Beberapa buah negara telah mula menggunakan penyedut minuman yang diperbuat dari bahan mesra alam sekitar. Selain daripada serai, penyedut minuman buluh, kertas, besi, kaca dan silikon semakin mendapat sambutan. Untuk yang tertanya-tanya bagaimana agaknya penyedut minuman serai ini dibuat, boleh lihat gambar di bawah.

Potong bahagian hujung serai

straw serai

Buang bahagian lapisan luar

straw serai

Terpulang pada anda untuk membuat berapa lapisan pada straw

straw serai

Rendamkan di dalam air selama 30 minit

straw serai

Straw yang sudah siap boleh disimpan di dalam peti ais atau terus digunakan

straw serai

Pada tahun lalu, premis makanan di Selangor telah mula melakukan larangan penggunaan straw plastik di kedai makan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Tiada Lagi Straw Mulai Julai Ini Di Selangor!

Kredit foto

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...