Cadangan Naikkan Kompaun Langgar SOP, MB Kelantan Sambut Baik

COVID-19

Cadangan Naikkan Kompaun Langgar SOP, MB Kelantan Sambut Baik

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, masih ramai diantara kita yang melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ia menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah kes harian Covid-19.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyambut baik cadangan pindaan Akta 342 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengenakan caj kompaun yang lebih tinggi kepada sesiapa yang melanggar SOP semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

langgar sop

Tambahnya, caj kompaun yang tinggi tidak bermaksud menganiayai rakyat namun ianya untuk memberi peringatan kepada masyarakat umum untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Pihak peguam negara akan melihat kewajaran yang patut dikenakan untuk membuat pindaan pada akta ini supaya kompaun dinaikkan lagi”.

“Saya bersetuju bukan kata nak kompaun rakyat tetapi sebab ada dalam kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab”.

Beliau berkata segelintir rakyat Kelantan masih gagal mematuhi SOP sedangkan kes semakin meningkat dan merebak dalam masyarakat selepas membuat tinjauan sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Kota Bharu.

Usaha yang berterusan harus dilakukan menerusi kempen dan peringatan supaya rakyat mematuhi SOP dan digerakkan melalui ketua masyarakat, imam masjid dan ketua komuniti setempat. Tambah beliau lagi, setiap individu perlu ada tanggungjawab bersama untuk melandaikan kes Covid-19 yang melanda negara.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...