Cadangan Hari Raya Ketiga Sebagai Cuti Peristiwa Akan Dipertimbangkan – KSN

Trending

Cadangan Hari Raya Ketiga Sebagai Cuti Peristiwa Akan Dipertimbangkan – KSN

Kerajaan akan mempertimbangkan permohonan penjawat awam yang mahu supaya tarikh hari Jumaat, 8 Julai ini, yang juga hari ketiga sambutan Aidilfitri dijadikan sebagai cuti peristiwa khas.

Advertisement

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, permohonan yang disampaikan menerusi CUEPACS itu akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat peringkat tertinggi kerajaan.

“Bagaimanapun perbincangan mengenai cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan terbabit.

“Insya-Allah saya akan bawa perkara ini untuk dirundingkan, sebab kerajaan memang tidak pernah ada cuti peristiwa hanya untuk negeri yang kerja pada hari Jumaat,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.