Cadangan Caj Kesesakan Ganti Kutipan Tol Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Trending

Cadangan Caj Kesesakan Ganti Kutipan Tol Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Kerajaan pada Sabtu lalu telah mengumumkan cadangan mahu mengenakan caj kesesakan menggantikan kutipan tol sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan mekanisma kutipan tol.

tol

Advertisement

Sebanyak empat tol terlibat iaitu tol di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Caj kesesakan yang dimaksudkan ialah kutipan tol hanya dikenakan pada waktu puncak (peak hour) dan tiada bayaran dikenakan ketika waktu ‘off peak’ (11 malam hingga 5 pagi).

Pada waktu kurang sesak pula, pengguna lebuh raya bakal menerima diskaun sebanyak 30 peratus daripada kadar tol biasa.

Cadangan caj kesesakan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju dan sebaliknya.

tol

tol

Apapun, kita lihat dulu bagaimana keberkesanan dan beri peluang kepada kerajaan. Mana tahu satu hari nanti tiada lagi tol dikenakan sekaligus mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuh raya.

Sumber Berita: The Vocket

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...